
Residensi Siswa UM bakal tempatkan 40,000 penuntut
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR - Universiti Malaya akan bekerjasama dengan konsortium syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) bagi pembangunan Residensi Siswa UM yang akan dilaksanakan dalam dua fasa dan dijangka siap pada 2023. (Scoop, 19:12)
Read the reporting
3 reports
Residensi Siswa UM bakal tempatkan 40,000 penuntut
zanariah_mutalib@bh.com.my
Kuala Lumpur: Residensi Siswa Universiti Malaya (UM) yang akan dilaksanakan dengan kadar segera mampu menempatkan sehingga 40,000 penuntut, dalam usaha menangani keperluan mendesak penginapan penuntut di universiti berkenaan.
Fasa pertama projek itu membabitkan pembinaan kolej kediaman berkapasiti 10,000 pelajar yang dijangka siap pada 2030, manakala fasa dua bagi 30,000 pelajar.
Inisiatif itu selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Belanjawan 2026 pada 10 Oktober 2025, yang menekankan keperluan menangani isu penginapan pelajar universiti melalui pembangunan residensi.
Mesyuarat Khas Pemantauan Projek Strategik Negara Bilangan 3 Tahun 2025 pada 15 Disember lalu turut menekankan keperluan mempermudah proses perancangan dan melaksanakan projek menerusi kerjasama strategik dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi membolehkan pembinaan dimulakan segera.
Pembangunan itu dilaksanakan tanpa suntikan kewangan awal daripada UM atau kerajaan, menggunakan model " Build, Lease, Transfer " (BLT), dengan keseluruhan projek membabitkan empat lokasi strategik seluas kira-kira 21.2 hektar.
Fasa satu membabitkan pembangunan kolej kediaman di tapak seluas 4.2 hektar berhampiran Kolej Kediaman Dayasari (KK-5), menerusi kerjasama strategik dengan PBLT Sdn Bhd.
Projek itu menyediakan 1,000 unit bilik standard berkeluasan 92.9 meter persegi setiap satu, dengan kapasiti 10 pelajar bagi setiap unit melalui konfigurasi perkongsian dua orang, dengan setiap unit dilengkapi ruang dapur ringkas, bilik air guna sama, penyaman udara dan capaian internet berkelajuan tinggi.
Pembangunan blok kediaman setinggi 16 hingga 22 tingkat itu turut menyediakan bilik bungkusan (parcel), kedai serbaneka dan ruang bersama di setiap blok, selain satu blok kemudahan berpusat yang menempatkan kafeteria, kafe, farmasi, pejabat pengurusan, bilik aktiviti, surau dan gimnasium.
Fasa dua pula menyasarkan kapasiti penginapan sehingga 30,000 pelajar di tiga lokasi berkeluasan keseluruhan 17 hektar, menerusi kerjasama strategik dengan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).
Fasa itu merangkumi 14,700 unit kediaman pelajar yang dilengkapi penyaman udara, dengan pilihan kediaman terdiri daripada Standard Premium berkeluasan 65 meter persegi, apartmen dua bilik seluas 41.8 meter persegi dan studio berkeluasan 23.2 meter persegi.
Menggunakan konsep UM Village, pembangunan itu mengintegrasikan penginapan, ruang hijau, kemudahan komersial dan ruang komuniti dalam satu persekitaran bagi menyokong kehidupan kampus yang lebih kondusif.
Kemudahan seperti ruang santai pelajar, gimnasium, premis makanan dan minuman, kedai serbaneka serta dobi turut disediakan bagi memenuhi keperluan harian mahasiswa, menggalakkan interaksi sosial dan menyokong komuniti sekitar Petaling Jaya.
Secara keseluruhan, pembangunan Residensi Siswa UM turut menerapkan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), sistem penyejukan berpusat (DCS), ciri keselamatan tiga lapis serta reka bentuk yang mengambil kira aspek penyelenggaraan dan mobiliti kampus.
Penerokaan penggunaan kaedah pembinaan modular juga antara pendekatan yang dipertimbang bagi menyokong pelaksanaan projek, sekali gus menyediakan persekitaran kediaman yang selesa, selamat dan menyokong kesejahteraan serta kecemerlangan akademik pelajar.
Sementara itu, Naib Canselor UM, Prof Datuk Seri Dr Noor Azuan Abu Osman, berkata residensi itu tidak hanya membentuk wajah fizikal UM, malah membentuk persahabatan, kepemimpinan, perdebatan, penemuan dan impian, dan mungkin akan melahirkan pemimpin negara.
Noor Azuan, berkata beliau akan memastikan projek itu dipantau dengan tegas, dilaksanakan dengan telus, mematuhi undang-undang, tatakelola, menjaga keselamatan dan mengekalkan kadar yang munasabah.
"Keputusan dasar sudah dibuat, tapak sedia menanti dan mahasiswa di belakang sedang menunggu. Kami memahami tiada halangan prinsip dan tiada keperluan mengulang kelulusan yang tidak diwajibkan.
"Kami tidak meminta jalan pintas yang melanggar peraturan. Kami hanya memohon supaya jalan yang sudah jelas tidak dipanjangkan tanpa keperluan. Demi mahasiswa, rakyat dan UM," katanya.
'Gagal piawaian, ganti serta-merta' - PM beri amaran keras kepada kontraktor Residensi Siswa UM
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is rising
- 2 mentions in the last hour after none the hour before
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in English, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1NewsScoop19:12
Internet reaction
- Projek Residensi Siswa Universiti Malaya beri akses kediaman kepada sehingga 40,000 pelajaru/Wartawan Scoop · Scoop · 19:12 · BM
- UM Student Residence Project to provide accommodation access for up to 40,000 studentsu/Scoop Reporters · Scoop · 19:34 · EN
What we know
- Nothing independently established yet.
What we don’t know
- No established news outlet has reported this yet; details come from social or community posts
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.