
Jerebu: Tiada keperluan hantar nota diplomatik kepada Indonesia
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
SEREMBAN - Malaysia tidak berhasrat menghantar nota diplomatik atau mengambil tindakan undang-undang terhadap Indonesia susulan keadaan jerebu yang semakin memburuk ketika ini.Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tiada keperluan untuk mengambil tindakan sedemikian, malah ia boleh memberi kesan kepada hubungan baik kedua-dua negara."Kita belum sampai ke tahap itu. Cakap dalam Parlimen senanglah dan kalau nak buat begitu, maknanya kita dah bersedia untuk memutuskan hubungan."Hubungan rapat kedua-dua negara ini perlu juga dijaga. Jadi, tidaklah sampai kita nak menghantar nota diplomati (Sinar Harian, 18:56)
Read the reporting
2 reports
Jerebu: Malaysia belum bercadang ambil tindakan undang-undang terhadap Indonesia
SEREMBAN: Malaysia belum bercadang mengambil tindakan undang-undang atau menghantar nota diplomatik kepada Indonesia berhubung isu jerebu rentas sempadan susulan kebakaran hutan di negara itu.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pendekatan melalui perbincangan dan hubungan diplomatik perlu diutamakan bagi menangani isu berkenaan.
Beliau berkata, tindakan undang-undang bukan langkah yang boleh diambil sewenang-wenangnya kerana berpotensi menjejaskan hubungan antara kedua-dua negara.
“Cakap senanglah hendak buat tindakan undang-undang. Kalau mahu buat begitu, maknanya kita sudah bersedia untuk memutuskan hubungan.
“Kita belum sampai ke tahap itu dan nota diplomatik pun tidak ada perlunya,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada warga emas, bantuan melanjutkan pelajaran dan sumbangan am Parlimen Rembau di Rantau, di sini hari ini.
Mohamad berkata, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri turut menghubungi Presiden Indonesia, Prabowo Subianto bagi membincangkan isu berkenaan.
Menurutnya, pengurusan hubungan dua hala memerlukan pertimbangan terhadap pelbagai perkara sensitif sebelum sebarang tindakan diambil.
“Nota diplomatik ini adalah cara terakhir. Jadi, kita belum sampai ke tahap itu. Untuk mengurus hubungan antara dua negara ini, banyak perkara sensitif yang perlu kita ambil kira,” katanya.
Terdahulu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencadangkan agar tekanan diplomatik dan kewangan yang lebih tegas dikenakan terhadap syarikat yang dikaitkan dengan kebakaran hutan di Indonesia.
Beliau berpandangan rayuan berulang kali sahaja masih tidak mencukupi dalam menyelesaikan masalah jerebu rentas sempadan serta menggesa tindakan lebih tegas diambil bagi menangani punca isu berkenaan.
Sementara itu, Mohamad menasihatkan rakyat Malaysia yang merancang menunaikan umrah supaya menangguhkan perjalanan dan berbincang dengan syarikat pengendali pakej masing-masing sebelum membuat keputusan.
Beliau berkata, Kementerian Luar Negeri telah mengklasifikasikan perjalanan ke rantau berkenaan sebagai tidak selamat ketika ini.
“Umrah boleh dibuat bila-bila masa. Dalam keadaan semasa ini, kita tidak tahu apa yang boleh berlaku.
“Kita tidak menyangka lapangan terbang Riyadh boleh dibom atau peluru berpandu boleh sampai ke kawasan berkenaan. Perkara ini tidak boleh dipandang mudah,” katanya. – UTUSAN
The post Jerebu: Malaysia belum bercadang ambil tindakan undang-undang terhadap Indonesia appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Sinar Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsSinar Harian18:56
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.