
Aaron-Wooi Yik benam Hoki-Kobayashi
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
PETALING JAYA: Beregu lelaki No. 4 dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang kembali digandingkan bersama memulakan kempen dengan langkah kanan selepas membenam Takuro Hoki-Yugo Kobayashi pada peringkat 32 terbaik Kejohanan Badminton Terbuka Denmark di Obaekvej, Denmark, hari ini. (Utusan Malaysia, 02:40)
Read the reporting
1 report
Aaron-Wooi Yik benam Hoki-Kobayashi
PETALING JAYA: Beregu lelaki No. 4 dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang kembali digandingkan bersama memulakan kempen dengan langkah kanan selepas membenam Takuro Hoki-Yugo Kobayashi pada peringkat 32 terbaik Kejohanan Badminton Terbuka Denmark di Obaekvej, Denmark, hari ini.
Aaron-Wooi Yik menewaskan pasangan No. 8 dunia yang berasal dari Jepun itu 21-19, 14-21, 21-11 dalam masa 51 minit di SJF Bank Arena.
Kejohanan berstatus Super 750 itu menjadi penampilan sulung Aaron-Wooi Yik selepas kedua-duanya dipisahkan buat tempoh beberapa bulan, namun, prestasi baik muncul selaku naib juara pada Kejohanan Dunia di India, Ogos lalu, menyatukan kembali pasangan tersebut.
Gandingan senior itu yang masih bergelar beregu lelaki No. 1 Malaysia bakal berdepan sama ada satu lagi pasangan negara, Aaron Tai-Roy King Yap atau beregu Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Lee Jong Min di peringkat seterusnya.
Sementara itu, beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing turut melakar kemenangan apabila menyingkirkan wakil Sepanyol, Ruben Garcia-Lucia Rodriguez, 21-18, 21-16 dalam masa 37 minit.
Kejayaan itu bakal menemukan beregu profesional tersebut dengan pasangan handalan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran di peringkat 16 terbaik.
Bagaimanapun, nasib berbeza menimpa perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao yang terkandas di pusingan pertama selepas tewas kepada pemain Jepun, Koki Watanabe 6-21, 19-21 dalam masa 40 minit.
Beregu campuran, Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien turut gagal meneruskan cabaran apabila akur kepada pasangan Taiwan, Ye Hong Wei-Nicole Gonzales Chan menerusi pertarungan tiga set 21-19, 16-21, 19-21 dalam masa 55 minit. – UTUSAN
The post Aaron-Wooi Yik benam Hoki-Kobayashi appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia02:40
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.