
Abdul’ss tanda ingatan Shaheizy Sam buat arwah bapa
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR – Tanda ingatan, pelakon, Shaheizy Sam meletakkan Abdul’ss pada kafe miliknya kerana mahu mengabadikan nama bapanya, Allahyarham Abdul Samad Jaaman yang meninggal dunia ketika dia berusia 12 tahun. (Kosmo!, 15:20)
Read the reporting
1 report
Abdul’ss tanda ingatan Shaheizy Sam buat arwah bapa
KUALA LUMPUR – Tanda ingatan, pelakon, Shaheizy Sam meletakkan Abdul’ss pada kafe miliknya kerana mahu mengabadikan nama bapanya, Allahyarham Abdul Samad Jaaman yang meninggal dunia ketika dia berusia 12 tahun.
Shaheizy Sam, 44, atau Sam berkata, dahulu dia tidak berpeluang mengenali insan dihormatinya itu dengan lebih dekat atas faktor kesibukan Allahyarham yang berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Polis Selangor.
“Sejujurnya, sebagai anak, saya tidak begitu mengenali arwah bapa tetapi apabila semakin dewasa, saya terfikir, walaupun saya tidak mengenalinya, beliau tetap bapa saya.
“Jadi, saya membuka restoran Abdul’ss demi mengingati selain ada sebahagian hasil perniagaan ini yang mahu saya wakafkan untuk arwah bapa,” katanya kepada HibGlam.
Pada masa sama, pelakon filem Chelot itu menjelaskan nama Abdul’ss turut mengingatkan dirinya agar sentiasa merendah diri selain tidak melupakan kedudukan sebagai hamba Allah.
Lebih istimewa, akuinya lagi, Abdul’ss turut mempunyai kaitan dengan dirinya dan isteri, Syatilla Melvin, menerusi dua huruf ‘S’ yang mewakili mereka.
“Saya percaya rezeki Allah sudah dijanjikan. Jadi, kalau restoran ini berkembang sejauh mana pun, saya mahu sentiasa ingat supaya kekal merendah diri.
“Saya juga selalu ingatkan diri bahawa kita berniaga dan mengikuti sunnah berniaga kerana kita semua ini adalah hamba-Nya.
“Abdul’ss cukup bererti buat saya serta isteri kerana membawa banyak makna bahawa ada bahagian untuk hamba-hamba Allah yang lain,” katanya.
Mengulas mengenai minatnya terhadap bidang makanan dan minuman (F&B), Sam berkata, keinginan membuka restoran sendiri berputik sejak kecil, malah dia pernah mencuba membuat roti canai ketika berusia 12 tahun.
Katanya, impian itu sekian lama tersimpan, namun kekangan modal ketika menapak dalam kerjaya seni mengakibatkan hasrat tersebut tidak dapat direalisasikan lebih awal.
“Dari kecil memang saya minat dunia F&B. Saya juga selalu bayangkan rumah saya ketika tinggal di Melawati dulu, ada orang memasak dan pelanggan datang memesan makanan.
“Apabila sudah dewasa, saya rasa kalau tidak buat, saya tidak akan dapat memenuhi keinginan yang ada sejak kecil,” katanya.
Sam turut menyifatkan sekarang sebagai waktu paling tepat untuk merealisasikan impian memandangkan komitmen lakonannya tidak lagi seperti dahulu.
“Bukan bermakna saya nak perlahankan rentak, cuma ketika ini nak bagi fokus dulu terhadap kafe pizza kami yang baru beberapa bulan beroperasi,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Abdul’ss tanda ingatan Shaheizy Sam buat arwah bapa appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!15:20
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.