
Ada pemimpin layak tapi belum tiba masa PAS umum calon PM, kata Syahir
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Syahir Che Sulaiman ulas kenyataan penganalisis yang keengganan PAS menamakan calon perdana menteri menunjukkan masih ada persoalan mengenai siapa yang mampu mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin negara. PETALING JAYA: Ketiadaan pengumuman calon perdana menteri daripada PAS sehingga kini bukan bermakna parti itu tidak mempunyai tokoh untuk diketengahkan, sebaliknya pengumuman hanya akan dibuat apabila tiba masanya. (Free Malaysia Today, 17:57)
Read the reporting
2 reports
Ada pemimpin layak tapi belum tiba masa PAS umum calon PM, kata Syahir
Syahir Che Sulaiman ulas kenyataan penganalisis yang keengganan PAS menamakan calon perdana menteri menunjukkan masih ada persoalan mengenai siapa yang mampu mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin negara. PETALING JAYA: Ketiadaan pengumuman calon perdana menteri daripada PAS sehingga kini bukan bermakna parti itu tidak mempunyai tokoh untuk diketengahkan, sebaliknya pengumuman hanya akan dibuat apabila tiba masanya.
Penolong Setiausaha Agung PAS Syahir Che Sulaiman berkata PAS mempunyai barisan pemimpin di peringkat Parlimen dan negeri daripada kelompok usia 40-an, 50-an dan 60-an, termasuk dalam kalangan ahli jawatankuasa pusat parti.
Menurut Ahli Parlimen Bachok itu, barisan berkenaan menunjukkan PAS mempunyai pelapis yang boleh dipertimbangkan untuk memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan sekiranya diberi mandat.
Jelasnya, Presiden PAS Hadi Awang juga mungkin sudah mempunyai nama yang dipertimbangkan untuk diketengahkan sebagai calon perdana menteri.
“Hanya ada satu sebab mengapa PAS masih belum menamakan calon perdana menteri: belum tiba masanya.
“Apabila tiba masa dan ketentuanNya, perdana menteri yang lebih baik untuk Malaysia akan terzahir jua,” katanya dalam kenyataan.
Beliau mengulas laporan FMT memetik penganalisis yang menyifatkan keengganan PAS menamakan calon perdana menteri menunjukkan masih ada persoalan mengenai siapa yang mampu mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin negara.
Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dipetik berkata keraguan itu menunjukkan PAS belum cukup yakin untuk mengetengahkan Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon utama menerajui Putrajaya.
Samsuri juga adalah naib presiden PAS dan pengerusi Perikatan Nasional (PN).
Syahir turut mengambil contoh pelantikan empat menteri besar daripada PAS, iaitu Samsuri di Terengganu, Sanusi Nor di Kedah, Nassuruddin Daud di Kelantan dan Shukri Ramli di Perlis.
Menurutnya, kesemua mereka dipilih melalui keputusan parti berdasarkan kelayakan dan keupayaan masing-masing, bukannya kerana meminta jawatan.
“Kesemuanya berkongsi suatu persamaan: diputuskan oleh parti, berkelayakan, berkeupayaan dan yang terpenting, tidak pernah meminta jawatan,” katanya.
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today17:57
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Free Malaysia Today, Sinar Harian
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.