
Fashion Valet terima wang pelaburan hampir RM40 juta daripada Khazanah, PNB - Saksi
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Fashion Valet terima wang pelaburan hampir RM40 juta daripada Khazanah, PNB - Saksi (Harian Metro, 15:27)
Read the reporting
1 report
Fashion Valet terima wang pelaburan hampir RM40 juta daripada Khazanah, PNB - Saksi
surayaroslan@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu hampir RM40 juta wang pelaburan direkodkan masuk ke akaun bank Fashion Valet Sdn Bhd (Fashion Valet) daripada Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada 2018.
Pengurus Perkhidmatan Perbankan Public Bank Berhad cawangan Bukit Damansara, Tay Lay Hong, 54, berkata, jumlah itu membabitkan empat transaksi kemasukan wang antara Mac hingga Disember tahun berkenaan.
"Semakan penyata akaun syarikat itu mendapati Khazanah memindahkan RM7.84 juta pada 23 Mac 2018 dan RM11.74 juta pada 26 Mac 2018.
"Manakala PNB merekodkan pemindahan RM11.95 juta pada 4 Jun 2018 dan RM8.36 juta pada 20 Disember 2018," katanya.
Saksi pendakwaan kelima itu berkata demikian menerusi pernyataan saksinya dalam perbicaraan kes pengasas Fashion Valet, Datin Vivy Sofinas Yusof dan suaminya Datuk Fadzarudin Shah Anuar yang berdepan pertuduhan pecah amanah dana pelaburan Khazanah dan PNB berjumlah RM8 juta.
Dalam prosiding hari ini, Tay turut mengesahkan terdapat transaksi pengeluaran RM11 juta daripada akaun Fashion Valet pada 21 Ogos 2018, dengan catatan transaksi 'PAYNET DIRECT DEBIT'.
"Saya mengesahkan ini adalah transaksi 'fund disbursement' di mana transaksi yang dilakukan secara 'bulk payment' (pembayaran pukal) melalui atas talian.
"Transaksi pemindahan wang berjumlah RM11 juta ini termasuk dalam kategori pembayaran yang memerlukan pengesahan, iaitu kelulusan daripada individu yang diberi kuasa (authorised person) bagi akaun Public Bank atas penama Fashion Valet Sdn Bhd.
"Bagaimanapun, saya tidak pasti siapakah 'authorised person' bagi perbankan dalam talian, dan setahu saya pelantikan 'authorised person' adalah berdasarkan Resolusi Pengarah (Director Resolution), di mana kebiasaannya 'authorised signatory' adalah individu yang sama dengan 'authorised person' bagi perbankan dalam talian," katanya.
Tay yang mula berkhidmat dengan Public Bank pada 1993 berkata, terdapat transaksi RM5 juta daripada 30 Maple Sdn Bhd ke akaun peribadi Fadzarudin Shah pada 4 September 2018.
"Transaksi itu direkodkan dengan rujukan "Interim Dividend"," katanya.
Beliau turut mengesahkan RM5 juta dipindahkan daripada 30 Maple ke akaun peribadi Vivy Sofinas pada 3 September 2018, dengan rujukan "CIMB Rentas."
Kedua-dua transaksi itu menjadikan jumlah wang yang dikreditkan ke akaun peribadi mereka sebanyak RM10 juta.
Penyata bank yang dirujuk Tay turut merekodkan pengeluaran tunai RM5.5 juta daripada kaunter bank daripada akaun peribadi Vivy Sofinas dan Fadzarudin Shah pada 5 September 2018.
Bagaimanapun, Tay menjelaskan pengeluaran berkenaan dilakukan di kaunter cawangan Public Bank bernombor 269, dan bukannya cawangan Bukit Damansara yang mempunyai kod cawangan 066.
Sementara itu, ketika disoal balas peguam Datuk M Athimulan, saksi itu bersetuju bahawa segala maklumat dalam pernyataan saksinya adalah berdasarkan penyata bank.
Selain itu, Tay bersetuju bahawa wang RM11 juta yang dikeluarkan daripada akaun bank Fashion Valet bukan bermakna wang itu dipindahkan ke akaun peribadi tunggal dan 'bulk payment' adalah untuk bayaran gaji, sewa kedai dan sebagainya.
Vivy Sofinas, 38, dan Fadzarudin, 37, didakwa dengan niat bersama sebagai Pengarah Fashion Valet melakukan pecah amanah ke atas dana pelaburan Khazanah dan PNB dengan membuat pembayaran berjumlah RM8 juta daripada akaun bank milik syarikat Fashion Valet kepada syarikat 30 Maple tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah syarikat Fashion Valet.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad Cawangan Bukit Damansara, 36-40 Medan Setia 2, Plaza Damansara Bukit Damansara di sini pada 21 Ogos 2018, mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun serta dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro15:27
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.