Malaysian Attention Engine
Live wire
41Budget 2027: Entertainment duty waived for local film, theatre tickets in Federal Territories, creative sector gets RM130m41Kos operasi melonjak 52 peratus, pendapatan pesawah Kedah, Perlis terjejas41Houthi lancar dua peluru berpandu ke arah Riyadh40Lori dipandu laju rempuh beberapa kenderaan di persimpangan lampu isyarat40Syed Saddiq tetap hadir Parlimen, walaupun bernikah esok39Sukan harap suntikan baharu Belanjawan 202738General : Budget 2027: RM22 Bln For KDN Reflects Govt's Commitment To Peace – Saifuddin Nasution38General : Budget 2027: Dzulkefly Vows To Complete 9,000 Contract-to-permanent Doctor Transitions38RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202738Pertumbuhan global dijangka meningkat kepada 3.4 peratus pada 202737Sport : ACC: Xisco Munoz Hails JDT After 6-0 Win Over PKR Svay Rieng FC36Mampukah skuad remaja mendakap gelaran dunia?
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Aedy sanggup ketepikan lakonan demi penerbitan

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 10 Oct, 07:04 MYTLatest activity 10 Oct, 07:04BMconfidence 60%

What happened

SERDANG: Kutipan kira-kira RM23.3 juta menerusi filem sulung terbitannya, Tarung: Unforgiven, membuatkan pelakon Aedy Ashraf semakin yakin untuk mengutamakan kerjaya penerbitan, malah tidak menolak kemungkinan mengehadkan tawaran lakonan bagi tempoh dua hingga tiga tahun akan datang. (Berita Harian, 07:04)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Aedy sanggup ketepikan lakonan demi penerbitan

By Serimah Mohd Sallehuddin · 10 Oct, 07:04 MYT

SERDANG: Kutipan kira-kira RM23.3 juta menerusi filem sulung terbitannya, Tarung: Unforgiven, membuatkan pelakon Aedy Ashraf semakin yakin untuk mengutamakan kerjaya penerbitan, malah tidak menolak kemungkinan mengehadkan tawaran lakonan bagi tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

Aedy, 33, berkata, dia semakin seronok meneroka bidang penerbitan menerusi syarikatnya, Alpha47 Films, selain mahu menghasilkan lebih banyak karya yang mempunyai nilai dan makna kepada penonton, khususnya golongan muda.

"Saya sangat seronok dengan cabang baharu yang diceburi ini. Penerbit kreatif di Malaysia tidak ramai, jadi saya menggalas tanggungjawab untuk menyajikan lebih banyak filem yang mempunyai nilai moral, jalan cerita menarik dan makna kepada penonton muda.

"Melainkan ada tawaran yang sangat baik di luar sana, saya tidak menolak rezeki. Namun, buat masa ini, penerbitan menjadi fokus saya kerana saya benar-benar seronok melakukan kerja ini," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Aedy berkata, peluang yang hadir untuk meneroka bidang penerbitan dirasakan tepat pada masanya, justeru dia mahu memanfaatkan ruang berkenaan sebaik mungkin.

"Saya rasa tanggungjawab itu diberikan tepat pada masanya dan saya mahu menggalasnya dengan sebaik-baiknya. Sekurang-kurangnya buat masa sekarang, itulah yang mahu saya lakukan," katanya.

Dalam pada itu, Aedy mengakui tidak sabar untuk menerbitkan filem seterusnya selepas Tarung: Unforgiven. Bagaimanapun, dia mahu memberi ruang kepada diri sendiri dan pasukannya untuk berehat sebelum kembali memberi tumpuan kepada projek baharu.

Katanya, pembangunan filem sulung Alpha47 Films itu mengambil masa kira-kira dua tahun, termasuk proses persiapan sebelum ditayangkan di pawagam pada Mei lalu.

"Kalau boleh, pada hari filem itu ditayangkan, saya mahu terus menghasilkan filem lain. Tetapi Tarung sendiri mengambil masa dua tahun untuk dibangunkan.

"Sepanjang tempoh itu, saya dan pasukan Alpha47 bekerja keras tanpa cuti, ibarat orang gila kerja di pejabat, semata-mata mahu menghasilkan filem berkualiti yang disukai ramai," katanya.

Justeru, Aedy merancang berehat kira-kira enam bulan sebelum menyusun langkah untuk dua projek seterusnya.

"Buat masa ini, kami mahu berehat seketika, mungkin enam bulan, untuk mengambil nafas sebelum merancang dua projek akan datang.

"Kami sudah mempunyai beberapa judul dalam perancangan. Cuma, kami masih menunggu masa yang sesuai untuk menentukan filem mana akan diterbitkan terlebih dahulu," katanya.

Mengulas perancangan jangka panjang, Aedy berkata, Alpha47 Films menyasarkan penerbitan dua filem serentak pada 2027 sebelum memberi tumpuan kepada pembikinan Tarung 2 pada tahun berikutnya.

"Insya-Allah, pada 2027, Alpha47 akan menerbitkan dua filem serentak supaya masa pada 2028 dapat digunakan untuk menghasilkan Tarung 2.

"Sebagai penerbit bersama rakan kongsi, Zaidi Zaimi, kami perlu menjaga garis masa supaya sesebuah naskhah tidak mengambil masa terlalu lama atau disiapkan terlalu cepat," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow08:0009:00
Latest 09:08 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
10 Oct, 07:04 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    07:04

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Aedy sanggup ketepikan lakonan demi penerbitan · Malaysian Attention Engine