
AHB perluas peluang pelaburan hartanah kepada Bumiputera
Only social or community posts, or a single source.
What happened
AHB perluas peluang pelaburan hartanah kepada Bumiputera (Berita Harian, 05:14)
Read the reporting
1 report
AHB perluas peluang pelaburan hartanah kepada Bumiputera
bhbiz@nstp.com.my
Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) terus memperluas akses pelaburan hartanah dalam kalangan masyarakat Bumiputera menerusi dana berharga tetap RM1.00 seunit, dengan pelaburan minimum serendah RM100 dan maksimum satu juta, selain mengekalkan tumpuan terhadap prestasi dan kemampanan agihan pendapatan.
Dana yang diuruskan PHB Asset Management Bhd (PHBAM), yang merupakan anak syarikat milik penuh Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) itu menyediakan agihan pendapatan dua kali setahun dan membolehkan pelabur Bumiputera mendapat pendedahan kepada hartanah komersial tanpa perlu memiliki atau menguruskan hartanah secara langsung.
Pengarah Urusan Kumpulan Pelaburan Hartanah Bhd (PHB), Mazuki Abdullah @ Muhammad, berkata penubuhan AHB adalah sebahagian daripada usaha memperluas penyertaan Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial menerusi instrumen pelaburan yang lebih mudah diakses.
Menurutnya, model pelaburan PHB membabitkan pemerolehan dan pembangunan aset hartanah komersial sebelum aset matang yang memenuhi kriteria pulangan kompetitif dipertimbangkan untuk disalurkan kepada AHB menerusi penerbitan unit baharu.
"Pada September lalu, AHB menerbitkan 400 juta unit baharu sekali gus meningkatkan saiz portfolio dana itu kepada kira-kira RM5.5 bilion daripada sekitar RM5.4 bilion sebelum suntikan berkenaan.
"Setakat ini, sambutan terhadap penawaran tambahan unit AHB sangat menggalakkan di mana jualan harian purata sekitar dua juta unit dan jumlah tertentu mencecah kira-kira tiga juta unit.
"PHB memantau aliran dana bersih baharu setiap hari bagi menilai permintaan dan penebusan unit. Berdasarkan kadar jualan ini juga, kami menganggarkan penawaran boleh habis sekitar Mac tahun berikutnya, tertakluk kepada keadaan pasaran ketika itu," katanya kepada BH dalam satu temu bual.
Mazuki berkata, prestasi dana turut disokong pengurusan aset secara berdisiplin di mana kadar penghunian keseluruhan portfolio hartanah PHB kini berada pada sekitar 84 hingga 85 peratus, dengan sasaran meningkatkannya menerusi pelbagai inisiatif pengurusan.
Tambahnya, sudah tentu peningkatan kos operasi kini turut menjadi cabaran kepada pengurusan hartanah, justeru PHB memberi perhatian kepada kawalan perbelanjaan, pengekalan penyewa serta rundingan sewaan bagi memastikan pendapatan aset terus terpelihara.
"Dalam usaha memperkukuh portfolio juga, PHB memberi tumpuan kepada sektor logistik dan penjagaan kesihatan, selain mempertimbangkan peluang dalam segmen pejabat serta peruncitan secara terpilih berdasarkan potensi pulangan dan keadaan pasaran," katanya.
Mazuki berkata, PHB mempunyai saluran urus niaga berpotensi bernilai lebih RM1 bilion, namun setiap pemerolehan perlu melalui proses usaha wajar dan penilaian menyeluruh sebelum dipertimbangkan untuk pelaburan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PHBAM, Zulkifli Ishak, berkata AHB mengekalkan agihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2026 (TK2026), membabitkan pembayaran keseluruhan RM236.41 juta kepada lebih 82,000 pemegang unit.
"Agihan berkenaan mencerminkan usaha pengurusan untuk menyediakan pulangan berkala kepada pemegang unit, selaras dengan matlamat AHB sebagai instrumen pelaburan hartanah patuh Syariah untuk pelabur Bumiputera.
"AHB mempunyai kelebihan tersendiri yang memberi tumpuan kepada pelabur yang mengutamakan pelaburan patuh Syariah, selain menyediakan peluang untuk mereka mendapat pendedahan kepada sektor hartanah," katanya.
Beliau berkata, PHB tidak berhasrat bersaing secara langsung dengan semua instrumen pelaburan di pasaran, sebaliknya memberi tumpuan kepada segmen pelabur yang mengutamakan ciri khusus AHB.
Katanya, PHB turut merancang memperkukuh produk dan operasinya menerusi strategi RISE30 bagi memastikan dana itu kekal relevan dalam tempoh empat tahun akan datang.
Dalam perkembangan berkaitan, PHB turut memperkenalkan Kempen Simpan, Labur dan Menang bermula 1 Oktober lalu bagi menggalakkan penyertaan lebih ramai pelabur dalam AHB, khususnya mereka yang ingin memulakan pelaburan menerusi instrumen berkenaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian05:14
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.