
Penamatan sistem doktor kontrak perlu telus, garis masa jelas dan adil - Hartal Doktor Kontrak
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Penamatan sistem doktor kontrak perlu telus, garis masa jelas dan adil - Hartal Doktor Kontrak (Harian Metro, 21:44)
Read the reporting
2 reports
Pastikan tiada yang tercicir dengan penamatan sistem doktor kontrak
KUALA LUMPUR: Penamatan sistem doktor kontrak perlu disusuli pelaksanaan, ketelusan, garis masa jelas dan kriteria kelayakan adil kepada doktor yang berkhidmat selama bertahun-tahun di bawah sistem itu supaya tiada tercicir.
Hartal Doktor Kontrak berkata, penamatan sistem itu juga perlu memberikan serta pengiktirafan sewajarnya kepada doktor dalam sistem yang sama.
Katanya, pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2027 menandakan titik perubahan penting bagi tenaga kerja perubatan negara.
"Bagaimanapun seperti ditekankan oleh Bahagian Pelatih, Pegawai Perubatan dan Pakar Perubatan (Schomos) Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), sesuatu pengumuman hanya permulaan.
"Ukuran sebenar komitmen ini terletak pada pelaksanaan, ketelusan dan kesan nyata dihasilkan. Garis masa jelas, kriteria kelayakan yang adil serta pengiktirafan sewajarnya terhadap doktor yang berkhidmat selama bertahun-tahun di bawah sistem kontrak adalah penting bagi memastikan tiada sesiapa yang tercicir," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Pada pembentangkan Belanjawan 2027 hari ini, Anwar mengumumkan kerajaan akan menangani isu doktor kontrak, memaklumkan lebih 15,000 doktor kontrak dilantik ke jawatan tetap sejak 2023, termasuk 4,000 orang pada tahun ini.
Lebih 9,000 doktor kontrak akan ditawarkan jawatan tetap tahun depan, manakala mereka yang berjaya menamatkan latihan siswazah (housemanship) akan ditawarkan jawatan tetap sebagai pegawai perubatan.
Hartal Doktor Kontrak juga menegaskan penamatan sistem doktor kontrak juga perlu menjadi sebahagian daripada usaha yang lebih menyeluruh untuk menambah baik keadaan kerja, memperkukuh kemajuan kerjaya dan mengekalkan doktor berpengalaman dalam sistem penjagaan kesihatan awam.
Menurutnya, pendirian mereka berteras penghargaan, optimisme yang berhati-hati dan akauntabiliti berterusan dan turut menyambut baik komitmen itu.
"Selepas 10 tahun, doktor kita sudah terlalu lama menunggu. Mereka berhak mendapat lebih daripada sekadar janji, mereka berhak mendapat sistem yang menjamin keadilan, keselamatan dan maruah.
"Pengumuman ini memberikan kami harapan. Kini, biarlah pelaksanaan memberikan makna kepada harapan itu," katanya.
Pihaknya turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI atas iltizam untuk menangani isu yang sekian lama membebani profesion mereka.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 mentions in the last hour after none the hour before
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro21:44
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.