Malaysian Attention Engine
Live wire
50General : MOHE, UM Have No Intention Of Taking Action Against Student Representative Over 'Tough' Question – Zambry45Kerajaan galak rakyat guna aplikasi navigasi TuJu, ganti Waze - PM44No driving licences without tests: JPJ warns against fake TikTok promotions43UK to fly RAF missions defending Saudi Arabia against Houthi attacks, Bloomberg reports40General : Selangor Develops Malaysia's First Water University Ecosystem Model39U.S. stock futures climb as investors return to AI trade after selloff By Investing.com39AG heads task force on corporate crime, report to be out in three months38PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang37Parlimen: KPM lulus projek bina semula bangunan daif di 455 sekolah36‘Lesti, saya mohon maaf atas adab yang tidak sempurna’35JKPK Kesihatan serah memorandum isu Jerebu kepada Kedutaan Indonesia esok35Bonnie sumbang emas kedua Malaysia di Sukan Para Asia | Sinar Harian
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Ahli Parlimen Tampin dakwa jumlah hutang negara diukur dengan 'pembaris' berbeza

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 18:39 MYTLatest activity 20 Oct, 18:39BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa, membidas kerajaan MADANI berhubung peningkatan hutang Kerajaan Persekutuan yang didakwa mencecah hampir RM1.4 trilion pada 2027, berbanding RM741 bilion pada 2018. (Berita Harian, 18:39)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

Ahli Parlimen Tampin dakwa jumlah hutang negara diukur dengan 'pembaris' berbeza

By Nuratikah Athilya Hassan · 20 Oct, 18:39 MYT

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa, membidas kerajaan MADANI berhubung peningkatan hutang Kerajaan Persekutuan yang didakwa mencecah hampir RM1.4 trilion pada 2027, berbanding RM741 bilion pada 2018.

Beliau mempersoalkan pendekatan kerajaan yang menonjolkan penurunan nisbah hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sedangkan jumlah hutang negara terus meningkat hampir dua kali ganda dalam tempoh kurang satu dekad.

Katanya, ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) berakhir pada 2018, hutang Kerajaan Persekutuan sekitar RM741 bilion atau 51.2 peratus daripada KDNK dan isu berkenaan ketika itu sering dibangkitkan sebagai ancaman kepada kestabilan ekonomi negara.

Bagaimanapun, beliau berkata, naratif mengenai hutang kerajaan kini berbeza apabila penurunan nisbah hutang kepada KDNK diketengahkan sebagai perkembangan positif.

"Adakah angka sebesar RM1.4 trilion ini diukur dengan 'pembaris' yang berbeza berbanding 2018?

"Mengapakah dahulu peningkatan hutang dituduh sebagai malapetaka kepada negara, tetapi hari ini angka RM1.4 trilion dinormalisasikan sebagai urusan pentadbiran biasa tanpa rasa bersalah kepada rakyat?" katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Isam berkata, kerajaan tidak seharusnya hanya menonjolkan penurunan nisbah hutang, sebaliknya perlu menjelaskan peningkatan jumlah hutang yang perlu ditanggung negara.

"Harapan saya, hentikanlah segala percubaan untuk mendidik rakyat dengan meraikan penurunan peratusan sedangkan jumlah mutlak hutang yang membebankan bahu mereka sudah melonjak hampir dua kali ganda.

"Cukup-cukuplah bermain dengan persepsi dan naratif yang mengelirukan, kerajaan mesti berani bertanggungjawab dengan permainan angka yang dicipta sendiri," katanya.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan bahawa setiap peruntukan kerajaan perlu memberi manfaat kepada rakyat, manakala setiap kelemahan dalam pelaksanaan dasar perlu diperbetulkan.

"Setiap ringgit wang rakyat mesti dipertanggungjawabkan. Setiap janji yang ditawarkan mesti mempunyai pelan pelaksanaan.

"Setiap peruntukan yang diagihkan mesti dirasai manfaatnya dan setiap kelemahan yang wujud mesti disusuli keberanian untuk diperbetulkan," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow19:00
Latest 19:12 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
20 Oct, 18:39 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    18:39

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.