
Selangor bakal wujudkan 'Universiti Air' pertama di Malaysia
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
SHAH ALAM: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) bakal mewujudkan 'Universiti Air' pertama di Malaysia menerusi kerjasama strategik dengan Universiti Selangor (UNISEL) dan Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) bagi melahirkan tenaga kerja mahir dalam industri perkhidmatan bekalan air negara. (Berita Harian, 15:28)
Read the reporting
1 report
Selangor bakal wujudkan 'Universiti Air' pertama di Malaysia
SHAH ALAM: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) bakal mewujudkan 'Universiti Air' pertama di Malaysia menerusi kerjasama strategik dengan Universiti Selangor (UNISEL) dan Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) bagi melahirkan tenaga kerja mahir dalam industri perkhidmatan bekalan air negara.
Inisiatif berkenaan bertujuan membangunkan ekosistem pendidikan dan latihan industri yang lebih bersepadu, sekali gus memperkukuh pembangunan modal insan serta meningkatkan kecekapan tenaga kerja dalam sektor bekalan air.
Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Adam Saffian Ghazali, berkata pembangunan model Universiti Air itu akan menjadi platform penting dalam melahirkan tenaga kerja yang kompeten, produktif dan bersedia menghadapi cabaran operasi industri air yang semakin kompleks.
Beliau berkata, kerjasama berkenaan bukan sekadar menyediakan peluang pendidikan dan latihan, malah membentuk ekosistem pembangunan bakat yang lebih sistematik dan bersepadu.
"Pembangunan model Universiti Air dapat membina satu ekosistem yang lengkap daripada segi modal insan, kemahiran dan latihan industri untuk Air Selangor serta seluruh industri perkhidmatan bekalan air negara pada masa hadapan.
"Selain itu, ia menjadi asas kepada pembangunan kompetensi industri air yang lebih sistematik dan bersepadu," katanya pada majlis pelancaran program kerjasama antara Air Selangor, UNISEL dan STDC di sini, hari ini.
Hadir sama, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Basri serta Ketua Pegawai Eksekutif STDC, Dr Harizal Hamid.
Kerjasama itu adalah sebahagian daripada inisiatif yang terkandung dalam Memorandum Kerjasama (MOC) yang ditandatangani ketiga-tiga pihak pada 1 Julai 2025.
Pada majlis itu, seramai 138 warga kerja Air Selangor turut berjaya menamatkan latihan dan bakal menerima Sijil Profesional Teknologi Pengurusan Bekalan Air.
Adam Saffian berkata, sebagai langkah permulaan, tiga program pendidikan dan latihan dijangka diperkenalkan pada 2027 menerusi kerjasama Air Selangor dan UNISEL.
"Program berkenaan merangkumi Sijil Profesional Teknologi Pengurusan Bekalan Air yang memberi tumpuan kepada modul latihan asas teknikal dalam pengurusan bekalan air.
"Selain itu, Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam akan ditawarkan menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan kerja bagi membolehkan pelajar menggabungkan pengetahuan akademik dengan pengalaman sebenar dalam industri," katanya.
Tambahnya, satu lagi program ialah Sarjana Kejuruteraan dalam Teknologi Pengurusan Bekalan Air yang merangkumi keseluruhan aspek operasi dan pengurusan sistem bekalan air.
"Model Universiti Air itu dibangunkan berasaskan tiga teras utama iaitu pembangunan bakat, pengukuhan kemahiran mengikut keperluan industri dan pembentukan tenaga kerja masa hadapan.
"Pendekatan ini turut memberi penekanan kepada peningkatan kemahiran dan latihan semula bagi memastikan tenaga kerja industri air sentiasa relevan dengan perkembangan teknologi," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian15:28
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.