
JKPK Kesihatan serah memorandum isu Jerebu kepada Kedutaan Indonesia esok
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan Parlimen akan menghantar memorandum berkaitan masalah jerebu rentas sempadan kepada Kedutaan Indonesia esok. (Berita Harian, 20:44)
Read the reporting
1 report
JKPK Kesihatan serah memorandum isu Jerebu kepada Kedutaan Indonesia esok
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan Parlimen akan menghantar memorandum berkaitan masalah jerebu rentas sempadan kepada Kedutaan Indonesia esok.
Pengerusinya, Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) berkata isu jerebu menjadi masalah kepada negara dalam pelbagai aspek seperti alam sekitar, kesihatan awam, keselamatan rakyat, ekonomi negara serta hubungan diplomatik antara negara jiran.
"Insya-Allah esok pagi JKPK dan anggota akan serah memorandum kepada Kedutaan Indonesia mengenai masalah jerebu ini," katanya ketika mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2027 peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini.
Sementara itu, Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap syarikat tempatan yang didakwa terbabit dalam pembakaran hutan di Indonesia sehingga menyebabkan jerebu rentas sempadan.
Beliau berkata ini susulan laporan terbaharu Greenpeace yang menamakan 20 syarikat dipercayai terbabit, termasuk sebuah syarikat perladangan terkemuka negara, menerusi anak syarikatnya yang berdaftar di negara jiran itu.
"KLCC sekarang sudah jadi KL Cannot See kerana jerebu. Dalam perbahasan Kamar Khas sebelum ini, pihak kementerian memaklumkan tiada maklumat mengenai penglibatan syarikat tempatan.
"Namun menerusi laporan Greenpeace ini, terbukti ada anak syarikat tempatan yang terlibat. Kita harap kementerian tidak berpeluk tubuh dan mengambil langkah susulan yang serius," katanya.
Justeru, Poay Tiong mencadangkan Malaysia mencontohi tindakan tegas kerajaan Singapura mengeluarkan notis amaran kepada 10 syarikat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden pembakaran hutan di Indonesia.
Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan) pula menggesa kerajaan menyediakan peruntukan khusus bagi pelaksanaan kaedah tangkap, mandul lepas atau Trap-Neuter-Release (TNR) secara jangka panjang untuk menangani isu haiwan terbiar di seluruh negara, sekali gus memutuskan kitaran konflik antara orang awam, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pencinta haiwan susulan operasi tangkapan.
"Apabila kita tiada sistem jangka panjang, setiap operasi tangkapan berisiko menjadi konflik sama ada antara pencinta haiwan dengan pihak berkuasa mahupun jiran sesama jiran. Akhirnya tiada siapa yang menang. Haiwan menderita, petugas dikecam dan kepercayaan rakyat pula terhakis," katanya.
Menurut Shir Yee, program TNR secara berterusan mampu mengurangkan populasi haiwan terbiar secara beransur-ansur dan beretika tanpa perlu menunggu tragedi berulang.
Isu perkhidmatan doktor udara
Isu perkhidmatan doktor udara (FDS) turut dibangkitkan semasa perbahasan, dengan Rodiyah Sapiee (GPS-Batang Sadong), meminta kerajaan menyediakan perlindungan insurans yang menyeluruh termasuk pampasan kematian dan hilang upaya kekal serta kebajikan petugas kesihatan yang terlibat dalam FDS.
"Saya menyambut baik peningkatan insentif Perkhidmatan Kesihatan Udara (FDS) daripada RM30 kepada RM100. Namun, mengambil kira risiko petugas kesihatan di pedalaman serta iktibar daripada insiden nahas helikopter FDS baru-baru ini, kerajaan perlu memastikan perlindungan menyeluruh," katanya.
Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (BN-Kalabakan) pula membangkitkan isu 36 peratus atau 382 daripada 1,055 pegawai perubatan yang ditawarkan penempatan tetap di Sabah dan Sarawak tahun ini tidak melaporkan diri, dan mencadangkan kerajaan menyemak semula kadar Bayaran Imbuhan Wilayah (BIW) yang kini ditetapkan pada RM360 sebulan.
"BIW perlu dikembalikan kepada sistem pengiraan berdasarkan peratusan gaji seperti sebelum ini atau kadar minimum yang munasabah ditetapkan bagi pegawai yang berkhidmat di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.
"Selain itu, kuota khas sebanyak 30 peratus bagi pelajar dari Sabah dan Sarawak dalam bidang perubatan di universiti awam perlu ditetapkan," katanya.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian20:44
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.