Malaysian Attention Engine
Live wire
55Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok47General : Conference Of Rulers Discusses PM Term Limit, Separation Of AG-PP Roles45General : MBI Selangor Launches SA500, NINE Super App To Assist Businesses, Residents41Residensi Siswa UM bakal tempatkan 40,000 penuntut40Kes jangkitan saluran pernafasan meningkat ketika jerebu40Indonesia guna teknologi ais kering era 1940an tangani masalah jerebu39General : Sarawak Gets RM545 Million For JENDELA 2 Rollout, Covers 350 Sites - Fahmi39Sarawak keluarkan 3 lesen karbon hutan baru38RM550 mln Smart City project to cover Greater Kuching38E. Timor shuts schools over Indonesia haze36General : Zul Hadi Appointed Sabah Federal Secretary35Jerebu: Tiada keperluan hantar nota diplomatik kepada Indonesia
NewConfirmedupdated 3 h ago

Ahmad Haikal maut kemalangan sebelum sempat terima ijazah

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
34
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 16:39 MYTLatest activity 15 Oct, 17:01BMconfidence 80%

What happened

KUALA SELANGOR: "Arwah sepatutnya menerima sijil ijazah pada majlis konvokesyen di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, pada 27 Oktober ini. (Berita Harian, 16:39)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Ahmad Haikal maut kemalangan sebelum sempat terima ijazah

By Amirul Aiman Hamsuddin · 15 Oct, 16:39 MYT

KUALA SELANGOR: "Arwah sepatutnya menerima sijil ijazah pada majlis konvokesyen di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, pada 27 Oktober ini.

"Segala persiapan untuk hari bersejarah itu sudah dibuat termasuk jubah konvokesyen yang diambil minggu lalu dan baju baharu dibeli. Tak sangka kemalangan itu meragut nyawanya," kata Erny Nurul Fatihah Baharuddin, 35.

Erny adalah kakak ipar kepada Ahmad Haikal Azhari, 23, yang maut selepas kereta Perodua Myvi dipandunya merempuh belakang sebuah lori kontena yang diletakkan di tepi jalan, semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi di Jalan U10/99, Perindustrian Alam Awana, Seksyen U10 Puncak Alam, anak bongsu dari empat beradik itu tersepit di tempat duduk pemandu dan mengalami kecederaan parah di kepala.

Difahamkan, arwah juga pekerja bahagian jualan sebuah kedai perkakasan hanya tinggal 100 meter sahaja untuk sampai ke tempat kerjanya sebelum nahas itu berlaku.

Erny berkata, ketika kejadian dia, suami bersama ibu bapa mentua berada di rumah sebelum dihubungi seorang kenalan kira-kira jam 9 pagi memaklumkan kejadian terbabit.

"Pada mulanya, ibu mentua tidak percaya kerana kereta dipandu anaknya mempunyai peranti Sistem Pengesanan Global (GPS).

"Peranti itu menunjukkan kereta sudah sampai di tempat kerja. Ibu mentua sampai tahap antara percaya dengan tidak arwah terbabit kemalangan," katanya ketika ditemui di kediaman arwah di Fasa 2, Bandar Puncak Alam, di sini hari ini.

Erny berkata, arwah adik iparnya menunjukkan perubahan dua minggu sebelum kejadian termasuk banyak mendiamkan diri dan enggan bercakap.

Katanya, dia dan suami menyedari perubahan kelakuan Ahmad Haikal namun tidak menyangka ia petanda terakhirnya.

"Dari dulu, arwah tak banyak bercakap dan masanya banyak dihabiskan di tempat kerja dan rumah.

"Pada 28 September lalu, saya dan suami pulang ke rumah. Selalunya, kami bertiga akan bermain permainan e-sukan Mobile Legends. Tetapi hari itu dia hanya diam dan tidak bercakap...selepas makan terus masuk bilik," katanya yang menetap di Petaling Jaya.

Erny berkata, dia sekeluarga reda dengan pemergian arwah dan memaklumkan jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cherakah malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.14 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian.

Tujuh anggota bersama dua jentera ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat.

"Mangsa tersepit di bahagian pemandu berjaya dikeluarkan sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35NEWnow17:00
Latest 17:33 MYT
34New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
15 Oct, 16:39 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    16:39

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.