
Aisyah Aziz satu-satunya sesuai nyanyi lagu Pujaanku - Masdo
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Aisyah Aziz satu-satunya sesuai nyanyi lagu Pujaanku - Masdo (Harian Metro, 17:04)
Read the reporting
1 report
Aisyah Aziz satu-satunya sesuai nyanyi lagu Pujaanku - Masdo
puterialia@hmetro.com
Kuala Lumpur: Kumpulan Masdo menegaskan penyanyi Aisyah Aziz memiliki keistimewaan yang sukar dicari ganti apabila membawakan lagu hit mereka berjudul Pujaanku.
Vokalisnya, Ali Sariah berkata, Aisyah adalah satu-satunya penyanyi yang sesuai untuk menyanyikan lagu berkenaan.
"Bagi saya, Aisyah Aziz adalah satu-satunya penyanyi sesuai menyanyikan lagu Pujaanku. Tiada pengganti.
"Katakanlah jika kami nak bawa lagu Pujaanku itu balik, seboleh-bolehnya kami nak dapatkan Aisyah untuk menyanyikan lagu itu," katanya ketika ditemui Harian Metro, baru-baru ini.
Menurut Ali, jika lagu Pujaanku dipersembahkan secara langsung tanpa kehadiran Aisyah, mereka lebih cenderung mengajak penonton menyanyi bersama bagi menggantikan bahagian penyanyi asal.
"Kalau tidak dapat (Aisyah) pun kita akan mengajak orang ramai untuk menyanyikan bahagian Aisyah dalam lagu Pujaanku itu.
"Untuk nak dapat pengganti Aisyah Aziz itu, tiada lagi setakat ini. Aisyah satu-satunya penyanyi yang sesuai," katanya lagi.
Bagi pemain bassnya, Putu Ceri berkata, Aisyah memiliki keistimewaan dari segi karakter serta tona suara yang sangat istimewa dan seolah-olah dicipta khusus untuk menyanyikan lagu Pujaanku.
"Aisyah istimewa dari segi karakter dan tone suara dia. Memang istimewa. Aisyah adalah satu-satunya penyanyi, maksudnya tiada siapa boleh ganti.
"Ramai saja kami dengar orang menyanyi bagus untuk lagu ini, tetapi untuk lagu Pujaanku, memang dikhaskan untuk Aisyah Aziz yang menyanyi," kongsinya.
Katanya, mereka pernah cuba membawakan lagu Pujaanku bersama penyanyi lain dalam pelbagai persembahan sebelum ini, namun impaknya tidak sampai seperti yang diharapkan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro17:04
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.