Malaysian Attention Engine
Live wire
40World : Egypt President To Begin Two-Day State Visit To Malaysia34Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok32General : Syed Saddiq, Bella Astillah Officially Wed31Singapore ready to assist Indonesia in fighting forest fires amid worsening haze31General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon29Selangor tangguh sambutan Hari Sukan Negara susulan jerebu29PRN Melaka: Rundingan Pas-BN capai persetujuan asas - Abdul Hadi29Man shot during reported ICE operation in New York28Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM28Nahas 11 kenderaan: Pemandu lori positif dadah | Sinar Harian28RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202728General : 'We Are Not Building A Nation For One Fiscal Year, But For A Generation' - Anwar
NewConfirmedupdated 1 h ago

Ajer selamatkan Brentford di Villa Park

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
33
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 00:25 MYTLatest activity 11 Oct, 00:31BMconfidence 80%

What happened

Birmingham: Kristoffer Ajer muncul penyelamat Brentford apabila jaringannya pada penghujung perlawanan membantu pasukan itu mengikat Aston Villa 2-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), hari ini. (Harian Metro, 00:25)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·1 min read

Ajer selamatkan Brentford di Villa Park

By Agensi · 11 Oct, 00:25 MYT

Birmingham: Kristoffer Ajer muncul penyelamat Brentford apabila jaringannya pada penghujung perlawanan membantu pasukan itu mengikat Aston Villa 2-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), hari ini.

Brentford membuka tirai jaringan menerusi Yehor Yarmoliuk pada minit ke-10 sebelum tuan rumah menyamakan kedudukan dua minit kemudian melalui Nicolas Jackson.

Villa kemudian menghidupkan peluang untuk meraih kemenangan apabila kapten John McGinn meletakkan pasukan itu di depan 2-1 pada minit ke-77 menerusi rembatan yang terkena pemain lawan sebelum menerjah gawang.

Namun, kelebihan itu hanya bertahan seketika apabila Ajer menyamakan kedudukan buat Brentford dua minit kemudian.

Pertahanan itu menyudahkan peluang dari dalam kotak penalti selepas menerima hantaran Jaidon Anthony untuk memastikan Brentford pulang dengan satu mata.

Keputusan seri itu menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati berkongsi mata selepas aksi sengit di Villa Park.

Sementara itu, Ipswich Town meledak dua gol lewat permainan untuk bangkit menewaskan Fulham 2-1, sekali gus memanjangkan penantian pelawat untuk meraih kemenangan pertama musim ini.

Fulham yang memburu kemenangan pertama selepas lima perlawanan tanpa mencatat kejayaan tampak hampir membawa pulang tiga mata apabila Ryan Sessegnon meletakkan mereka di depan pada minit ke-55.

Namun, Ipswich enggan mengalah dan bangkit pada penghujung perlawanan menerusi jaringan Abdoul Ouattara pada minit ke-88 sebelum Dara O'Shea menanduk masuk gol kemenangan pada masa kecederaan.

Ouattara menyamakan kedudukan menerusi jaringan menarik yang menghidupkan semula harapan tuan rumah, sebelum O'Shea memastikan kebangkitan dramatik Ipswich dengan tandukan pada minit ke-92.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 34first news pick-upNEWnow01:00
Latest 01:15 MYT
33New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source
  2. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source

Where it started

Harian Metro (News)
11 Oct, 00:25 MYT
Origin confidence 60% · 6 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    00:25

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.