
Selangor tangguh sambutan Hari Sukan Negara susulan jerebu
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
SHAH ALAM: Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2026 peringkat negeri dan daerah di seluruh Selangor yang dijadualkan berlangsung esok ditangguhkan berikutan keadaan jerebu yang semakin membimbangkan. (Berita Harian, 10:47)
Read the reporting
2 reports
Selangor tangguh sambutan Hari Sukan Negara susulan jerebu
SHAH ALAM: Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2026 peringkat negeri dan daerah di seluruh Selangor yang dijadualkan berlangsung esok ditangguhkan berikutan keadaan jerebu yang semakin membimbangkan.
Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi berkata, keputusan itu dibuat dengan mengutamakan keselamatan dan kesihatan rakyat, khususnya peserta, petugas, sukarelawan, kanak-kanak serta golongan yang lebih terdedah kepada kesan pencemaran udara.
Katanya, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan di Selangor berada pada tahap tidak sihat, sekali gus menimbulkan risiko kepada orang ramai sekiranya aktiviti fizikal diteruskan dalam keadaan semasa.
"Pendirian kerajaan negeri adalah jelas, keselamatan dan kesihatan rakyat mesti mengatasi pertimbangan untuk meneruskan sesuatu program.
"Sambutan Hari Sukan Negara bertujuan memupuk budaya hidup aktif dan sihat, justeru penganjurannya tidak wajar diteruskan dalam keadaan yang boleh menjejaskan kesejahteraan masyarakat," kata Najwan dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, sambutan yang sepatutnya berlangsung pada 10 Oktober itu ditangguhkan sehingga tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak.
Justeru katanya, semua agensi pelaksana, pihak berkuasa tempatan (PBT), pejabat belia dan sukan daerah serta rakan penganjur yang terbabit diminta mengambil maklum penangguhan berkenaan dan melaksanakan penyelarasan sewajarnya.
"Orang ramai turut diminta merujuk pengumuman rasmi bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung penjadualan semula program berkenaan
"Kerajaan negeri akan terus memantau perkembangan jerebu dan berpandukan nasihat pihak berkuasa berkaitan dalam menentukan langkah selanjutnya.
"Penangguhan berkenaan bukan bermakna komitmen terhadap agenda sukan diketepikan, sebaliknya mencerminkan tanggungjawab memastikan setiap inisiatif sukan dilaksanakan dalam keadaan selamat tanpa mendedahkan rakyat kepada risiko kesihatan yang tidak sepatutnya," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is accelerating
- 3 mentions in the last hour after none the hour before
- 7 independent sources, 7 new in the last hour
- Driven by news coverage (11 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian10:47
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 7 established outlet(s): Astro Awani (BM), Berita Harian, Google News Malaysia (BM), Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (12)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.
