
Al-`Aqar REIT kemuka program sukuk sehingga RM3 bilion
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Al-'Aqar Healthcare REIT (Al-`Aqar REIT) telah mengemukakan program sukuk dengan nilai had gabungan nominal sehingga RM3 bilion kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). (Berita Harian, 04:29)
Read the reporting
1 report
Al-`Aqar REIT kemuka program sukuk sehingga RM3 bilion
KUALA LUMPUR: Al-'Aqar Healthcare REIT (Al-`Aqar REIT) telah mengemukakan program sukuk dengan nilai had gabungan nominal sehingga RM3 bilion kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, pihak pengurusannya JLG REIT Managers Sdn Bhd memaklumkan Al-'Aqar Capital Sdn Bhd yang juga syarikat tujuan khas milik penuh Al-'Aqar REIT menerusi Amanahraya Trustees Bhd sebagai pemegang amanah, telah membuat serahan program itu.
Ia merangkumi satu Program Sukuk Wakalah dengan nilai nominal sehingga RM3 bilion dan program kertas komersial Islam (ICP) dengan nilai nominal RM300 juta, tertakluk kepada had gabungan berkenaan.
Program Sukuk Wakalah itu bagi membolehkan penerbitan nota jangka sederhana Islam senior dan/atau nota Islam subordinat kekal manakala Program ICP untuk penerbitan kertas komersial Islam berdasarkan prinsip Syariah Wakalah Bi Al-Istithmar.
"Hasil kutipan daripada program itu akan dimanfaatkan oleh penerbit untuk disalurkan kepada Al-'Aqar REIT bagi membiayai aktiviti pelaburannya, membiaya semula pembiayaan sedia ada dan/atau pembiayaan Islam akan datang dan/atau membiayai modal kerja dan memenuhi keperluan am korporat.
"Kutipan itu juga akan digunakan bagi membiayai semula semua kesemua Sukuk Wakalah dan Sukuk Wakalah-ICP matang di bawah program berkenaan, membiayai deposit deposit ditetapkan dalam akaun pembayaran balik pemegang amanah sukuk dan/atau menanggung perbelanjaan berkaitan ditanggung di bawah program-program berkenaan serta terbitan selanjutnya," maklum berikutnya," menurutnya.
Program Sukuk Wakalah mempunyai tempoh matang kekal, manakala Program ICP mempunyai tempoh selama tujuh tahun.
Penerbitan di bawah program itu berkemungkinan mempunyai penarafan atau sebaliknya yang akan ditentukan sebelum setiap terbitan itu.
Program sukuk itu akan membolehkan penerbitan Sukuk Wakalah dan/atau Sukuk Wakalah-ICP dalam kemampanan dan/atau format berkaitannya.
Maybank Investment Bank Bhd dan OCBC Al-Amin Bank Bhd adalah penasihat prinsipal utama dan pengatur utama bersama bagi program itu manakala Maybank berperanan sebagai penasihat Syariah.
- BERNAMA
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian04:29
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.