
Nahas 3 beranak: 'Niat nak sambut hari lahir anak tidak kesampaian, Allah lebih menyayangi mereka' - Suami
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Nahas 3 beranak: 'Niat nak sambut hari lahir anak tidak kesampaian, Allah lebih menyayangi mereka' - Suami (Harian Metro, 03:59)
Read the reporting
7 reports
Nahas 3 beranak: 'Niat nak sambut hari lahir anak tidak kesampaian, Allah lebih menyayangi mereka' - Suami
am@hmetro.com.my
Tanjong Karang: "Kami sepatutnya meraikan hari lahir anak pada 19 Oktober ini, namun Allah lebih menyayangi mereka," kata Suhaimi Mohamad Jajuli, 44.
Suhaimi adalah suami kepada Norawalysa Mat Talpi, 44, yang maut dalam nahas dua kenderaan di Jalan Raja Muda Musa menghala ke Tanjong Karang, di sini hari ini.
Turut terkorban dua anak mereka, Auni Syazana, 12, dan Ahmad Syah Fawwaz, 8, manakala seorang lagi anak mereka, Ahmad Syah Fitri, 10, cedera di kepala.
Tragedi berlaku apabila empat beranak itu yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora merempuh belakang sebuah lori 20 tan.
Difahamkan Norawalysa adalah guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Bestari Jaya.
Ketika kejadian kesemua mangsa dalam perjalanan dari sekolah ke rumah mereka di Kampung Parit Serong.
Suhaimi yang juga guru PPKI SK Abdul Samat, Kapar, Klang itu berkata dia hanya mengetahui kemalangan itu kira-kira jam 2 petang selepas selesai menunaikan solat Zuhur.
"Guru Besar beritahu mengenai kemalangan itu, dan saya pun ada melihat gambarnya. Saya terus bergegas ke lokasi kejadian.
"Selalunya isteri memang balik awal kira-kira jam 1 tengah hari dengan anak-anak. Tak sangka niat nak sambut hari lahir anak tidak kesampaian," katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Tanjong Karang, di sini hari ini.
Suhaimi berkata, dia dan Norawalysa sudah berkahwin hampir 18 tahun dan dikurniakan enam anak.
Katanya, dua daripada anaknya iaitu kembar perempuan yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tiram Jaya bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.
"Isteri tidak menunjukkan sebarang perubahan, begitu juga dengan dua anak. Cuma isteri beritahu dia sakit perut malam tadi.
"Selepas ini saya kena tabah dan kuat demi anak-anak," katanya.
Mengulas mengenai keadaan Ahmad Syah Fitri, Suhaimi memaklumkan anak lelakinya itu kini dalam pemantauan doktor susulan kecederaan yang dialami.
Suhaimi berkata, jenazah tiga beranak itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Serong selepas selesai proses bedah siasat.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is cooling
- 3 independent sources
- Driven by news coverage (10 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro03:59
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 3 established outlet(s): Berita Harian, Google News Malaysia (BM), Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (10)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.






