Malaysian Attention Engine
Live wire
57Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB54Gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan sekitar Johor Jaya – TNB47Perselisihan rumah tangga disyaki jadi punca46Pang Ron-Pei Jing kejutkan gandingan Jepun45El Nino: Nelayan pantai antara terkesan44General : Government Supports Efforts To Strengthen Islamic Scholarship For Ummah - Anwar43Tiada syarikat ladang sawit Malaysia terbabit aktiviti pembakaran di Indonesia41Business : Malaysia's Economy Expands 5.3 Pct In 3Q 2026, Growth Across Sectors -- DOSM40Fashion Valet terima wang pelaburan hampir RM40 juta daripada Khazanah, PNB - Saksi40Prabowo lulus terima bantuan Malaysia padam kebakaran hutan40Guru tuisyen ditahan lakukan amang seksual terhadap lima pelajar lelaki40'I don't want to see you!': Tuanku Muhriz dresses down N Sembilan MB over throne dispute
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Alibaba.com perkenal penyelesaian AI perkukuh eksport PKS Malaysia

Only social or community posts, or a single source.

Attention
21
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 17:38 MYTLatest activity 16 Oct, 17:38BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Alibaba.com memperkenalkan penyelesaian berteraskan kecerdasan buatan (AI) bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia meningkatkan kecekapan operasi serta memperluas akses kepada pembeli antarabangsa. (Berita Harian, 17:38)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Alibaba.com perkenal penyelesaian AI perkukuh eksport PKS Malaysia

By Rafhanah Hazirah Ramlin · 16 Oct, 17:38 MYT

KUALA LUMPUR: Alibaba.com memperkenalkan penyelesaian berteraskan kecerdasan buatan (AI) bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia meningkatkan kecekapan operasi serta memperluas akses kepada pembeli antarabangsa.

Ketua Perniagaan Asia Selatan dan Asia Tenggara Alibaba.com, Roger Luo, berkata inisiatif itu bertujuan membantu perniagaan tempatan menangani cabaran dalam menembusi pasaran eksport, termasuk kekangan sumber dan kesukaran memahami pasaran baharu.

"Di Alibaba.com, kami percaya AI seharusnya melakukan lebih daripada sekadar menjawab soalan. Teknologi itu perlu membantu perniagaan mengambil tindakan," katanya ketika berucap pada Alibaba.com B2B AI Seller Summit 2026 & CoCreate Pitch 2026 Malaysia, di sini, hari ini.

Luo berkata, antara penyelesaian yang diperkenalkan adalah Accio dan Smart Assistant Agent bagi membantu perniagaan mengurus operasi harian serta meningkatkan kecekapan pengurusan jualan dalam talian.

Katanya, Accio berfungsi sebagai sokongan berteraskan AI bagi membantu pelbagai tugasan perniagaan, termasuk penyelidikan dan perancangan, manakala Smart Assistant Agent membantu penjual di Alibaba.com menambah baik penyenaraian produk serta berinteraksi dengan bakal pembeli dengan lebih berkesan.

"Matlamat kami adalah untuk menjadikan AI praktikal dan mudah diakses oleh setiap perniagaan, termasuk perusahaan mikro dan PKS," katanya.

Selain itu, beliau berkata, Alibaba.com turut memperkenalkan pakej keahlian yang menawarkan peluang pembeli terjamin bagi meningkatkan keyakinan pengeksport Malaysia untuk mengembangkan perniagaan ke pasaran global.

Menurutnya, pakej itu turut memberi tumpuan kepada usaha menghubungkan penjual dengan pembeli berpotensi tinggi, termasuk pembeli kategori L3 yang dikenal pasti berdasarkan profil perniagaan dan rekod aktiviti pembelian mereka di Alibaba.com.

Beliau berkata, gabungan penyelesaian AI dan akses kepada pembeli berpotensi dapat membantu mengurangkan cabaran serta ketidakpastian yang dihadapi perniagaan ketika meneroka pasaran antarabangsa untuk menjangkau pembeli global.

"Ini membolehkan pengeksport memberi tumpuan kepada perkara yang lebih penting, termasuk membina hubungan perniagaan lebih kukuh, mendapatkan lebih banyak pesanan dan meningkatkan keupayaan penyampaian perniagaan," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah AccioWork bagi Asia Pasifik, Jeremy Cai, berkata teknologi ejen AI turut berpotensi membantu usahawan mengurus pelbagai fungsi perniagaan, termasuk penyelidikan pasaran, pemilihan produk dan penyenaraian produk di platform e-dagang.

"Accio dilengkapi pelbagai ejen khusus bagi membantu tugasan seperti penyelidikan pasaran, pemasaran dan e-dagang, selain membolehkan pengguna mengendalikan dokumen serta menjadualkan tugasan berulang," katanya.

Menurutnya, teknologi itu turut boleh membantu usahawan mengenal pasti produk berpotensi untuk dijual di pasaran Malaysia dan menyediakan penyenaraian produk di platform e-dagang seperti Shopee, sekali gus memudahkan pengurusan operasi perniagaan dengan sumber tenaga kerja yang terhad.

Dalam pada itu, Luo berkata, kerjasama antara kerajaan, institusi kewangan dan rakan ekosistem turut memainkan peranan penting dalam memperkukuh perdagangan digital serta membantu lebih banyak produk dan jenama Malaysia mencapai pembeli global.

Beliau turut menyambut baik penyertaan 10 finalis CoCreate Pitch Malaysia 2026 hari ini yang mengetengahkan kreativiti, inovasi dan aspirasi usahawan tempatan untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow18:0019:00
Latest 19:44 MYT
21New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
16 Oct, 17:38 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    17:38

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.