Malaysian Attention Engine
Live wire
59Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok47Hakim Danish jadi tarikan, 80 peratus tiket MotoGP Malaysia 2026 terjual47Orang utan rescued in Indonesia fires ‘walked through’ flames, says nonprofit CEO46Waspada pakej umrah, haji tawar harga tidak munasabah - Zulkifli45Karnival Kita Palma perkasa gerakan komuniti41Politics : DAP Not Responsible For N.Sembilan Political Turmoil - Loke39General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am39Business : Malaysia, Egypt To Expand Trade, Investment And Economic Cooperation -- Anwar39General : Haze: Perak Religious Schools, Islamic Education Institutions To Monitor API Readings37Jerebu: Malaysia tunggu maklum balas Indonesia berhubung bantuan - Ahmad Zahid37General : Anwar Condemns Riyadh Airport Attack, Expresses Solidarity With Saudi Arabia35Firefly batal semua penerbangan berjadual Subang-Singapura dari 10 hingga 12 Oktober
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Amaran bencana terus ke telefon bimbit, sistem MCMC hampir siap

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 15:25 MYTLatest activity 11 Oct, 15:25BMconfidence 60%

What happened

IPOH: Sistem Siaran Selular yang dibangunkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini berada di fasa akhir pembangunan bagi membolehkan amaran bencana disalurkan terus ke telefon bimbit penduduk di kawasan terjejas. (Berita Harian, 15:25)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Amaran bencana terus ke telefon bimbit, sistem MCMC hampir siap

By Zahratulhayat Mat Arif · 11 Oct, 15:25 MYT

IPOH: Sistem Siaran Selular yang dibangunkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini berada di fasa akhir pembangunan bagi membolehkan amaran bencana disalurkan terus ke telefon bimbit penduduk di kawasan terjejas.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata komunikasi yang berkesan amat penting dalam menyelamatkan nyawa ketika bencana kerana amaran awal memberi masa berharga kepada orang ramai untuk berpindah dan mencari tempat perlindungan sebelum tragedi berlaku.

Sistem berkenaan membolehkan amaran dihantar terus ke telefon bimbit di kawasan berisiko tanpa mengganggu atau mengakses data peribadi pengguna.

"MCMC bukan sekadar memantau TikTok dan hantaran dalam talian lain serta menurunkan kandungan, khususnya yang menyasarkan individu tertentu. Ketika berlaku banjir, MCMC turut membantu kita.

"Menerusi sistem ini, amaran boleh dihantar terus ke telefon bimbit di kawasan berisiko tanpa mengganggu atau mengakses data peribadi.

"Sistem ini berada dalam fasa akhir pembangunan, namun orang ramai perlu mengetahui kewujudannya dan memahami cara menggunakannya. Satu perkara penting yang perlu difahami ialah teknologi hanya berkesan jika orang ramai mempercayai maklumat yang sahih," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2026 yang bertemakan 'MADANI Siaga: Tanggungjawab Bersama' di Pusat Konvensyen Ipoh, di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Meor Ismail Meor Akim.

Ahmad Zahid berkata, amaran awal membolehkan keluarga berpindah sebelum paras air banjir meningkat, membantu warga emas bergerak ke tempat selamat serta memastikan kanak-kanak dibawa ke lokasi perlindungan.

"Justeru, amaran awal mesti disampaikan tepat pada masanya, mudah difahami dan disusuli tindakan. Sebab itulah komunikasi amat penting," katanya.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya mendapatkan maklumat berkaitan bencana menerusi saluran rasmi, sambil mengingatkan bahawa laporan yang belum disahkan boleh menjejaskan keberkesanan usaha menangani bencana.

Pada masa sama, beliau memuji kesediaan serta usaha proaktif Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, polis dan Angkatan Tentera Malaysia dalam membantu mangsa bencana.

Katanya, kesiapsiagaan menghadapi bencana perlu dijadikan keutamaan berikutan keadaan cuaca yang semakin sukar diramal, sekali gus menimbulkan cabaran terhadap usaha melindungi nyawa dan harta benda.

"Bencana tidak pernah memberikan amaran sebelum berlaku. Banjir tidak menunggu kita bersedia, manakala tanah runtuh boleh mengubah kehidupan dalam sekelip mata," katanya.

Pengurusan bencana negara diselaraskan menerusi NADMA dengan sokongan jawatankuasa pengurusan bencana di peringkat Persekutuan, negeri dan daerah.

Sebagai Pengerusi NADMA, Ahmad Zahid turut mengucapkan tahniah kepada agensi dan pihak berkuasa terbabit atas komitmen mereka memastikan negara sentiasa bersedia menghadapi kecemasan.

Katanya, struktur pengurusan bencana Malaysia turut mendapat pengiktirafan antarabangsa, dengan pengaturan di peringkat Persekutuan, negeri dan daerah dianggap sebagai yang terbaik di ASEAN.

RM639 juta kerugian akibat bencana

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, kerugian akibat bencana di negara ini berjumlah RM636.9 juta tahun lalu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM380.2 juta membabitkan aset awam dan infrastruktur.

Walaupun jumlah kerugian itu lebih rendah berbanding RM933.4 juta yang direkodkan pada 2024, beliau berkata kesannya terhadap masyarakat terjejas masih besar, khususnya bagi mereka yang kehilangan tempat tinggal dan mata pencarian.

Katanya, kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan sahaja perlu memberi tumpuan kepada usaha menyelamatkan nyawa, malah melindungi kediaman, mata pencarian dan aset ekonomi negara.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 15:41 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
11 Oct, 15:25 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    15:25

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.