
Amirudin teliti pembubaran PN, tak jejas CSA Bersatu kerajaan negeri
Only social or community posts, or a single source.
What happened
SHAH ALAM: Pembatalan pendaftaran Parti Perikatan Nasional (PN) dijangka tidak akan menjejaskan perancangan kerjasama antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor dengan kerajaan negeri. (Utusan Malaysia, 12:19)
Read the reporting
2 reports
Amirudin teliti pembubaran PN, tak jejas CSA Bersatu kerajaan negeri
SHAH ALAM: Pembatalan pendaftaran Parti Perikatan Nasional (PN) dijangka tidak akan menjejaskan perancangan kerjasama antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor dengan kerajaan negeri.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bagaimanapun beliau akan menyemak semula kedudukan itu namun enggan menyentuh hal dalaman parti tersebut.
“Kita tidak pasti (kedudukan PN) saya kena semak dahulu. Mungkin satu atau dua hari ini kita akan tentukan kedudukannya (kerjasama) dengan Bersatu.
“(Soal pembatalan pendaftaran PN) Itu masalah dalaman yang harus mereka sendiri selesaikan. Sebab, perancangan kita adalah dengan Bersatu bukan PN,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Sijil Profesional Teknologi Pengurusan Bekalan Air di sini, hari ini.
Malah, beliau yang juga Naib Presiden PKR turut memaklumkan perjanjian kerjasama antara Bersatu dengan kerajaan negeri dijangka dimeterai pada minggu hadapan.
“Nanti saya kena tunggu pengesahan dahulu, mungkin selepas 25, 26 hari bulan,” ujarnya.
Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Pendaftar Pertubuhan membuat keputusan untuk membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) di bawah sub perenggan 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966.
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas pihaknya menerima maklum balas daripada PN pada 12 Oktober lalu setelah pihaknya mengeluarkan notis pada 22 September lepas. – UTUSAN
The post Amirudin teliti pembubaran PN, tak jejas CSA Bersatu kerajaan negeri appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- 2 mentions in the last hour after none the hour before
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in English, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia12:19
- Step 2NewsThe Vibes12:49 · +30 min
Internet reaction
- Amirudin: Selangor-Bersatu cooperation to proceed despite PN deregistrationu/The Vibes · The Vibes · 12:49 · EN
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.