Malaysian Attention Engine
Live wire
61Lelaki tular lakukan perbuatan tidak senonoh pada kucing ditahan54Kes berkait Lee Zii Jia dan keluarga selesai secara baik54Anwar dijadual beri penjelasan isu 'mafia korporat', rasuah FELDA di Dewan Rakyat esok49Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi46FAM dijangka meterai MoU dengan 2 penaja baharu45Amirudin teliti pembubaran PN, tak jejas CSA Bersatu kerajaan negeri44General : Corporate Mafia: RM4.3 Billion Frozen, RM1 Billion Seized Since Late 2022 - PM Anwar44Business : National Carmakers To Sustain 2026 Sales Momentum - HLIB Research44Kerajaan tak pernah keluar arahan tangguh siasat kes Felda43Anwar akui kelemahan proses pelaburan KWAP di Jakarta42General : Gombak-Kota Bharu ECRL Tickets To Start At RM125, Sales Begin Mid-November42Dagangan Malaysia catat pencapaian luar biasa sembilan bulan pertama 2026
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Pendekatan KPWKM tangani keganasan rumah tangga

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 10:22 MYTLatest activity 20 Oct, 10:22BMconfidence 60%

What happened

KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menekankan empat pendekatan utama dalam menangani keganasan rumah tangga, iaitu pencegahan, perlindungan, intervensi dan pemulihan bagi memastikan mangsa mendapat pembelaan serta sokongan sewajarnya. (Berita Harian, 10:22)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

Pendekatan KPWKM tangani keganasan rumah tangga

20 Oct, 10:22 MYT

KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menekankan empat pendekatan utama dalam menangani keganasan rumah tangga, iaitu pencegahan, perlindungan, intervensi dan pemulihan bagi memastikan mangsa mendapat pembelaan serta sokongan sewajarnya.

Timbalan Menterinya, Lim Hui Ying, berkata pendekatan menyeluruh itu penting bukan sahaja untuk melindungi mangsa ketika berdepan keganasan, malah membantu mereka membina semula kehidupan dan berdikari selepas keluar daripada situasi berkenaan.

"Untuk memperkukuh institusi kekeluargaan, program yang kita tekankan ialah pencegahan. Selepas itu, apabila sudah berlaku, melindungi. Kita mesti ada intervensi dan lagi satu yang penting adalah pemulihan," katanya ketika menyertai Podcast KASIH Lensa Keluarga bertajuk "Dengan Kasih, Keganasan Terhenti!".

Hui Ying berkata, perlindungan kepada mangsa turut membabitkan tiga bentuk perintah perlindungan undang-undang, iaitu Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO), Perintah Perlindungan Interim (IPO) dan Perintah Perlindungan (PO).

EPO dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tanpa memerlukan laporan polis, manakala IPO dan PO dikeluarkan mahkamah dengan laporan polis diperlukan.

Beliau menegaskan, keganasan bukan cara menyelesaikan konflik keluarga, sebaliknya masalah perlu ditangani melalui komunikasi, sikap saling menghormati dan perbincangan secara terbuka.

"Jika berlaku keganasan atau ancaman terhadap keselamatan, mangsa mesti mencari bantuan," katanya.

Dalam pada itu, Hui Ying berkata, KPWKM bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat bagi menangani isu berkenaan melalui jawatankuasa yang memberi tumpuan kepada aspek data, pendidikan, pembangunan kapasiti dan perlindungan.

Beliau turut menekankan peranan masyarakat, termasuk ahli keluarga dan jiran, dalam membantu menangani keganasan rumah tangga dengan melaporkan kejadian yang diketahui.

"Jiran, ahli keluarga, mesti ada konsep atau persepsi yang ini bukanlah masuk campur (urusan) keluarga orang lain. Keganasan rumah tangga adalah satu jenayah. Jadi, kita boleh buat laporan," katanya.

Orang ramai boleh menghubungi Talian Kasih 15999 yang beroperasi 24 jam untuk membuat laporan, mendapatkan nasihat serta khidmat kaunseling psikososial. - BERNAMA

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow11:00
Latest 11:12 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
20 Oct, 10:22 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    10:22

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.