
Anak Jerantut kembali tabur bakti
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Anak Jerantut kembali tabur bakti (Harian Metro, 07:04)
Read the reporting
1 report
Anak Jerantut kembali tabur bakti
am@hmetro.com.my
Jerantut: Pusat Jagaan Darvish (Darvish Homecare Centre) bersama dua firma guaman bersedia menjalin kerjasama strategik bagi membantu golongan asnaf dan kurang berkemampuan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ketua Pegawai Eksekutif Darvish Homecare merangkap Konsultan Guaman, Datuk Seri Johari George Abdullah berkata, untuk itu pihaknya melakukan kunjungan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut yang sekali gus untuk mengeratkan silaturahim serta menzahirkan penghargaan kepada warga PDRM Jerantut, khususnya Ketua Polis Daerah Superintenden Nor Azman Yusof.
Johari George berkata, pihaknya memerlukan maklumat dan kerjasama PDRM bagi mengenal pasti golongan yang benar-benar memerlukan bantuan memandangkan anggota polis sentiasa menjalankan rondaan di kawasan bandar dan luar bandar.
"PDRM sentiasa berada di lapangan dan mempunyai maklumat tepat mengenai masyarakat tempatan.
"Jika kita mahu mencari keluarga yang susah secara bersendirian, ia agak sukar. Namun dengan maklumat daripada PDRM, bantuan dapat disalurkan secara terus dan efektif," katanya ketika ditemui di IPD Jerantut di sini, semalam.
Beliau berkata, pendekatan CSR berimpak tinggi itu pernah dilaksanakan di beberapa negeri lain termasuk Kelantan (Kota Bharu, Pasir Mas, Jeli), Perak, dan Kedah.
Bantuan yang bakal dihulurkan merangkumi keperluan asas rumah seperti pembaikan atap bocor serta struktur kediaman yang rosak.
"Masyarakat selalunya bergantung kepada wakil rakyat untuk mendapatkan bantuan namun maklumat daripada anggota PDRM adalah sangat tulus dan telus. Justeru, pihak kami akan segera bertindak sebaik sahaja menerima saluran maklumat tersebut," katanya.
Sementara itu, Superintendan Nor Azman Yusof memuji keprihatinan Johari George yang disifatkannya sebagai anak watan Jerantut yang tidak lupa asal usul serta tempat tumpah darahnya.
Beliau berkata, kunjungan hormat tersebut bukan sahaja mengeratkan silaturahim, malah memantapkan lagi hubungan kerjasama antara PDRM dan masyarakat tanpa sebarang kepentingan peribadi.
"Sebelum ini juga beliau banyak membantu IPD Jerantut dari sudut penyediaan beberapa fasiliti dan aset untuk kemudahan warga kerja di sini.
"Ibarat 'sirih pulang ke gagang', keprihatinan yang ditunjukkan oleh tokoh korporat ini wajar menjadi contoh kepada masyarakat luar dalam memupuk suasana daerah yang aman dan sejahtera.
"Jika ramai rakyat Malaysia yang prihatin dan mengambil berat antara satu sama lain seperti ini, insya-Allah negara kita akan sentiasa berada dalam keadaan sejahtera dan damai.
"Moga segala niat baik serta jasa beliau diberkati," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro07:04
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.