
Anggota tentera ditahan miliki pistol, air ketum sedang dalam fasa peralihan bersara
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Anggota tentera ditahan miliki pistol, air ketum sedang dalam fasa peralihan bersara (Harian Metro, 12:27)
Read the reporting
2 reports
Anggota tentera ditahan bawa pistol, air ketum dalam tempoh peralihan bersara
KUALA LUMPUR: Anggota tentera yang ditahan selepas didapati memiliki sepucuk pistol, puluhan butir peluru dan cecair disyaki ketum di kawasan parkir kenderaan di Kem Sungai Besi di sini pada 29 September lalu kini dalam tempoh peralihan untuk bersara.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pemeriksaan lanjut mendapati status lelaki tersebut dalam peralihan daripada anggota tentera ke orang awam.
“Dia memang dalam peralihan. Maknanya memang dah masuk masa untuk bersara, peralihan antara sebagai anggota menjadi orang awam.
“Maka dia ada tempoh enam bulan itu, dia melalui satu tempoh peralihan. Jadi, dia dalam peralihan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Peluncuran Kempen Tabung Pahlawan 2026/2027 di Wisma Perwira Kementerian Pertahanan di sini hari ini.
Ditanya sama ada pistol dan peluru yang ditemukan milik Tentera Darat Malaysia (TDM) atau sebaliknya, katanya, beliau tidak mempunyai maklumat berhubung perkara berkenaan.
Media kelmarin melaporkan, lelaki berusia 30-an itu didakwa di Mahkamah Jalan Duta di sini, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud dilaporkan berkata, suspek dituduh selepas kertas siasatan kes berkenaan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).
“Suspek telah dituduh di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 8 Oktober lalu.
“Kertas siasatan telah diserahkan kepada TPR dan arahan tuduh dibenarkan terhadap suspek di bawah Seksyen 8 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960,” katanya.
Pada 3 Oktober lalu, media melaporkan suspek ditahan di kawasan parkir kenderaan dalam kem berkenaan bersama sepucuk pistol, puluhan butir peluru dan cecair disyaki ketum di lokasi kejadian pada 29 September.
Pemeriksaan lanjut mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau membabitkan dua kes dadah dan satu kes jenayah. – UTUSAN
The post Anggota tentera ditahan bawa pistol, air ketum dalam tempoh peralihan bersara appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- 2 mentions in the last hour after none the hour before
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro12:27
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Harian Metro, Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.