Malaysian Attention Engine
Live wire
51General : Anwar Condemns Riyadh Airport Attack, Expresses Solidarity With Saudi Arabia46Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM44General : Selangor Sultan Officiates Dataran Dato' Seri Harun Idris44General : RM300 Mln Project To Transform Kota Kinabalu Into Smart City By 202844World : No Malaysian Casualties Reported In Latest Saudi Airport Incidents – Wisma Putra43Video tular ritual keagamaan, tindakan sedang dijalankan43General : Nanta Urges Transparent Management Of Aid42General : Budget 2027: STR, SARA Aid Raised To RM150 A Month - Anwar40Jalan projek LTU Gua Musang ditutup akibat lubang benam39RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202739Sukan harap suntikan baharu Belanjawan 202739General : 'We Are Not Building A Nation For One Fiscal Year, But For A Generation' - Anwar
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

SPRM tangkis hingga 90,000 cubaan serangan siber setiap hari

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 12:11 MYTLatest activity 11 Oct, 12:11BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR – Sebanyak 80,000 hingga 90,000 percubaan serangan siber dikesan dan ditangkis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap hari bagi melindungi pangkalan data serta maklumat yang dikendalikan agensi penguatkuasaan itu.Pengarah Bahagian Pengurusan Rekod dan Maklumat SPRM, Zuhairie Abu Bakar berkata, maklumat yang dikendalikan suruhanjaya itu mempunyai nilai tinggi dan sentiasa terdedah kepada pelbagai bentuk ancaman digital."Ketika ini, Bahagian Pengurusan Rekod dan Maklumat (BPRM) mengesan dan menangkis secara purata antara 80,000 hingga 90,000 percubaan serangan siber se (Sinar Harian, 12:11)

Read the reporting

1 report
Sinar Harian·News·BM·2 min read

SPRM tangkis hingga 90,000 cubaan serangan siber setiap hari

By MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI · 11 Oct, 12:11 MYT

KUALA LUMPUR – Sebanyak 80,000 hingga 90,000 percubaan serangan siber dikesan dan ditangkis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap hari bagi melindungi pangkalan data serta maklumat yang dikendalikan agensi penguatkuasaan itu.Pengarah Bahagian Pengurusan Rekod dan Maklumat SPRM, Zuhairie Abu Bakar berkata, maklumat yang dikendalikan suruhanjaya itu mempunyai nilai tinggi dan sentiasa terdedah kepada pelbagai bentuk ancaman digital."Ketika ini, Bahagian Pengurusan Rekod dan Maklumat (BPRM) mengesan dan menangkis secara purata antara 80,000 hingga 90,000 percubaan serangan siber setiap hari."Angka ini memberikan gambaran jelas bahawa maklumat yang dikendalikan oleh SPRM mempunyai nilai tinggi dan sentiasa terdedah kepada pelbagai bentuk ancaman," katanya dalam artikel mengenai pengurusan maklumat SPRM.Menurutnya, ancaman keselamatan maklumat bukan sahaja melibatkan serangan siber, malah turut merangkumi percubaan mendapatkan akses tanpa kebenaran dan kecurian data.Justeru, BPRM melaksanakan pendekatan pertahanan berlapis melalui pelbagai mekanisme keselamatan bagi melindungi pangkalan data serta maklumat SPRM."Pendekatan pertahanan berlapis dilaksanakan melalui pelbagai mekanisme seperti Pengesahan Pelbagai Faktor (Multi-Factor Authentication – MFA), sistem keselamatan rangkaian seperti firewall, pemantauan sistem secara masa nyata (real-time monitoring), penyulitan data dan ujian tahap keselamatan sistem aplikasi secara berkala serta pengujian sebelum sesuatu sistem aplikasi diluluskan untuk digunakan," katanya.Beliau berkata, kebocoran maklumat boleh menjejaskan kerahsiaan sesuatu operasi dan dalam keadaan tertentu berpotensi mengancam keselamatan saksi serta memberi amaran kepada pihak yang sedang disiasat.Menurutnya, pendedahan maklumat sebelum waktunya juga boleh memberi peluang kepada pihak tertentu menghapuskan dokumen, mengubah jejak transaksi atau mempengaruhi individu yang berkaitan dengan siasatan."Lebih membimbangkan, pendedahan sesuatu maklumat pramatang boleh memberi peluang kepada pihak tertentu mengambil tindakan untuk menghapuskan dokumen, mengubah jejak transaksi atau mempengaruhi pihak yang berkaitan," katanya.Tambahnya, penyebaran maklumat berkaitan sesuatu kes secara meluas turut berpotensi mendedahkan saksi kepada tekanan atau pengaruh, sekali gus menyukarkan proses pengumpulan bukti dan mendapatkan keterangan.Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan rasuah atau salah laku disaran menyalurkannya kepada SPRM melalui saluran rasmi dan bukannya menularkannya di media sosial."Jika mempunyai maklumat berkaitan rasuah atau salah laku, salurkan secara rasmi kepada pihak berkuasa dan bukan menularkannya di media sosial."Setiap aduan yang diterima perlu melalui proses saringan, penelitian dan penilaian berdasarkan fakta serta bidang kuasa sebelum tindakan bersesuaian ditentukan," katanya.Menurutnya, pengurusan maklumat yang sistematik, selamat dan terkawal penting bagi memastikan maklumat tidak disalahgunakan atau terdedah kepada pihak tidak bertanggungjawab, sekali gus membantu memelihara integriti dan keberkesanan penguatkuasaan SPRM.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow13:00
Latest 13:39 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source

Where it started

Sinar Harian (News)
11 Oct, 12:11 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    12:11

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

SPRM tangkis hingga 90,000 cubaan serangan siber setiap hari · Malaysian Attention Engine