Malaysian Attention Engine
Live wire
51Aset kripto RM12.47 juta lesap dari dompet digital50Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM50General : Budget 2027: STR, SARA Aid Raised To RM150 A Month - Anwar49Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok47Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi45Syed Saddiq tetap hadir Parlimen, walaupun bernikah esok44‘Buat anak ayah, semoga Allah jaga hati kamu berdua’44Syarat ketat potongan cukai perbelanjaan gaji pekerja asing41General : MEF Welcomes RM2,000 Minimum Wage, MSME Exemption39Business : Govt Continues To Strengthen Islamic Economy, Offers Up To RM5,000 Matching Grants To MSMEs For Halal Certification39RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202737Reformasi Madani perkukuh ekonomi, buka peluang baharu sektor perbankan
NewConfirmedupdated 1 h ago

Apa maksud pemindahan kelayakan BUDI Diesel kepada pengguna sebenar?

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
29
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
2
News · YouTube
First detected 10 Oct, 09:30 MYTLatest activity 10 Oct, 10:32ENMixedBMconfidence 86%

What happened

Kelonggaran baharu BUDI Diesel membolehkan kelayakan dipindahkan kepada pengguna sebenar kenderaan bukan lagi terhad kepada ahli keluarga terdekat. (Free Malaysia Today, 09:30)

Read the reporting

1 report
Photo: Free Malaysia Today
Free Malaysia Today·News·BM·4 min read

Apa maksud pemindahan kelayakan BUDI Diesel kepada pengguna sebenar?

By Ameer Fakhri · 10 Oct, 09:30 MYT

Kelonggaran baharu BUDI Diesel membolehkan kelayakan dipindahkan kepada pengguna sebenar kenderaan bukan lagi terhad kepada ahli keluarga terdekat. PETALING JAYA: Kerajaan kini membenarkan pemilik berdaftar kenderaan diesel persendirian memindahkan kelayakan BUDI Diesel kepada pengguna sebenar termasuk mereka yang bukan ahli keluarga terdekat.

Perubahan itu diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 16 Sept, selepas kerajaan menerima maklum balas daripada pengguna kenderaan diesel terutama di Sabah dan Sarawak.

Sebelum ini, pemindahan kelayakan hanya terhad kepada ahli keluarga terdekat seperti pasangan, ibu bapa, anak atau adik-beradik.

FMT menjelaskan apa yang berubah, siapa yang boleh menerima pemindahan dan bagaimana permohonan dibuat.

Apa yang berubah?

Mengikut ketetapan baharu, pemilik berdaftar yang layak di bawah BUDI Diesel boleh memindahkan kelayakan subsidi kepada individu benar-benar menggunakan kenderaan diesel persendirian.

Ini bermaksud kelayakan tidak lagi terikat sepenuhnya kepada nama pemilik pada geran, selagi penerima adalah pengguna sebenar yang memenuhi syarat ditetapkan.

Pemindahan itu juga tidak bermaksud hak milik kenderaan bertukar tangan.

Penerima yang diluluskan menggunakan MyKad sendiri dan menerima kelayakan bulanan masing-masing, bukan berkongsi kuota dengan pemilik berdaftar. Kelayakan itu ialah 300 liter sebulan bagi kenderaan diesel biasa, atau sehingga 400 liter bagi pikap dan jip diesel yang diluluskan tambahan 100 liter.

Kelayakan bulanan itu boleh digunakan untuk RON95 bersubsidi, diesel bersubsidi atau gabungan kedua-duanya, tertakluk kepada kelayakan masing-masing.

Mengapa ia penting untuk Sabah dan Sarawak?

Di Sabah dan Sarawak, kenderaan diesel seperti pikap dan jip sering digunakan untuk perjalanan jarak jauh, kerja pertanian, membawa barang, mendapatkan keperluan asas dan menyediakan pengangkutan tidak formal kepada komuniti setempat.

Kebergantungan itu lebih ketara di kawasan luar bandar dan pedalaman kerana pengangkutan awam terhad, penempatan berselerak dan jarak antara daerah yang jauh.

Dalam sesetengah keadaan, kenderaan juga digunakan melalui aturan sambung bayar, pembiayaan syarikat, penggunaan kerja luar bandar atau susunan tidak rasmi yang tidak semestinya mencerminkan nama pada geran.

Pakar ekonomi, Lai Wei Sieng, berkata penambahbaikan itu mengurangkan risiko pengguna tulen tercicir hanya kerana rekod pemilikan kenderaan tidak menggambarkan penggunaan sebenar.

“Ia berpotensi mengurangkan risiko ‘exclusion error’ dalam penyasaran subsidi. Pemindahan kelayakan kepada pengguna sebenar dapat mengurangkan ketidakpadanan antara rekod pemilikan kenderaan dengan penggunaan sebenar,” katanya.

Adakah subsidi boleh dipindah sesuka hati?

Tidak. Pemindahan kelayakan masih perlu dibuat melalui permohonan, tertakluk kepada semakan silang dengan rekod agensi berkaitan sebelum kelulusan diberikan.

Ini penting kerana kerajaan masih mahu mengekalkan kawalan terhadap ketirisan, penyalahgunaan dan risiko penyewaan atau penjualan kuota.

“Subsidi masih dikawal atau bersasar, tetapi salurannya diperbetul supaya bantuan sampai kepada pengguna sebenar tanpa membuka ruang terlalu luas kepada penyalahgunaan,” kata Lai.

Siapa yang boleh menerima pemindahan?

Penerima mestilah warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad sah, layak menerima BUDI95 dan benar-benar menggunakan kenderaan diesel persendirian yang ditetapkan - tidak lagi terbatas kepada ahli keluarga sahaja.

Pemilik berdaftar yang mempunyai lebih daripada satu kenderaan diesel boleh membuat permohonan baharu, tertakluk kepada had maksimum tiga penerima pemindahan dan jumlah kenderaan diesel berdaftar.

Sebagai contoh, jika seorang pemilik berdaftar mempunyai empat kenderaan diesel persendirian yang layak, dan tiga daripadanya benar-benar digunakan oleh individu lain, beliau boleh memohon untuk memindahkan kelayakan bagi maksimum tiga kenderaan itu kepada pengguna sebenar masing-masing, tertakluk kepada kelulusan.

Pemilik berdaftar masih mengekalkan kelayakan bulanan bagi kenderaan diesel persendirian yang belum dipindahkan untuk kegunaan sendiri.

Namun, peraturan baharu itu tidak bermaksud seseorang yang memiliki empat kenderaan diesel boleh menuntut empat kuota untuk kegunaan sendiri.

Ia terpakai apabila kenderaan itu benar-benar digunakan oleh individu berbeza, membolehkan kelayakan subsidi mengikut pengguna sebenar dan tidak terus terikat kepada pemilik berdaftar.

Jika pemilik memindahkan kelayakan bagi semua kenderaan diesel yang dimiliki, beliau hanya akan menikmati subsidi BUDI95.

Setiap kenderaan hanya boleh dipindahkan sekali, manakala penerima hanya boleh menerima pemindahan daripada seorang pemilik berdaftar.

Bagaimana hendak memohon?

Permohonan di bawah ketetapan baharu boleh dibuat melalui portal BUDI Madani.

Pengguna yang membuat permohonan secara dalam talian boleh log masuk melalui portal berkenaan, termasuk menggunakan MyDigital ID.

Pemohon juga boleh hadir secara fizikal ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau mendapatkan maklumat lanjut dan bantuan di stesen minyak berdekatan.

Bagi kenderaan diesel jenis pikap atau jip yang layak, pemilik berdaftar perlu memohon tambahan 100 liter sebulan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan pindah kelayakan kepada pengguna sebenar.

Bagi membolehkan kelayakan digunakan pada hari pertama bulan berikutnya, permohonan perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 27 hari bulan semasa – tertakluk kepada semakan dan pengesahan data.

Namun, pemindahan kelayakan yang telah diluluskan sebelum pengumuman 16 Sept kekal muktamad.

Apa maksud kepada dasar subsidi?

Lai berkata, langkah itu menunjukkan kerajaan cuba memperbaiki subsidi bersasar berdasarkan maklum balas di lapangan.

Ia juga membolehkan subsidi mengikuti pengguna sebenar, tanpa membuka semula akses diesel murah secara pukal kepada semua pembeli.

Katanya, penambahbaikan itu juga boleh membantu kerajaan mengumpul data lebih tepat mengenai corak penggunaan diesel sebenar, terutama di Sabah dan Sarawak, sekaligus memberi bantuan kepada mereka yang benar-benar memerlukan sambil membendung ketirisan atau penyalahgunaan subsidi.

Why it is new

  • Spread across News, YouTube
  • 2 independent sources, 1 new in the last hour
  • Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
  • Discussed in English, mixed-language, Bahasa Malaysia

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow11:0012:00
Latest 12:23 MYT
29New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms2

Timeline

  1. Language
    First English coverage (Free Malaysia Today) source
  2. News
    First news outlet reports it (Free Malaysia Today) source
  3. Detected
    First detected (Free Malaysia Today) source
  4. Spread
    YouTube discussion begins (Free Malaysia Today (YouTube)) source
  5. Language
    First mixed-language coverage (Free Malaysia Today (YouTube)) source

Where it started

Free Malaysia Today (News)
10 Oct, 09:30 MYT
Origin confidence 60% · 0 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Free Malaysia Today
    09:30
  2. Step 2
    YouTube (mainstream)
    Free Malaysia Today (YouTube)
    10:04 · +35 min

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Free Malaysia Today, Free Malaysia Today (YouTube)

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (4)

Explained: What does transferring BUDI Diesel eligibility to the actual user mean?
Free Malaysia Today (YouTube)YouTubemainstreamMixednear-duplicate
Apa maksud pemindahan kelayakan BUDI Diesel kepada pengguna sebenar?
Free Malaysia Today (YouTube)YouTubemainstreamMixednear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News · YouTube. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Apa maksud pemindahan kelayakan BUDI Diesel kepada pengguna sebenar? · Malaysian Attention Engine