Malaysian Attention Engine
Live wire
45King calls for schools to close if API stays above 150-180 for prolonged period35World : US Sanctions 17 Vessels Linked To Iran's 'Shadow Fleet'33Budget 2027: Entertainment duty waived for local film, theatre tickets in Federal Territories, creative sector gets RM130m32General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon31PH open to pacts for Melaka polls, Amirudin reiterates31General : Budget 2027: Dzulkefly Vows To Complete 9,000 Contract-to-permanent Doctor Transitions31RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202731Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara30Contract doctors’ group hails permanent posts offer30Pertumbuhan global dijangka meningkat kepada 3.4 peratus pada 202730Pekilang kecewa ‘kekurangan sokongan’ dalam belanjawan30Irene Sofiya maut dipukul batang besi sepanjang 96 sentimeter – Polis Johor
NewConfirmedupdated 4 h ago

Reformasi Madani perkukuh ekonomi, buka peluang baharu sektor perbankan

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
21
no previous hour
Momentum
23
0 vs 0 mentions/h
Sources
3
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 19:55 MYTLatest activity 9 Oct, 21:06BMconfidence 86%

What happened

PETALING JAYA: Agenda reformasi Malaysia Madani yang mengimbangi sokongan jangka pendek dengan kemampanan jangka panjang berupaya memperkukuh daya tahan ekonomi negara, meningkatkan keyakinan pelabur serta membuka peluang pertumbuhan baharu kepada sektor perbankan. (Utusan Malaysia, 19:55)

Read the reporting

2 reports
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Reformasi Madani perkukuh ekonomi, buka peluang baharu sektor perbankan

By ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI · 9 Oct, 19:55 MYT

PETALING JAYA: Agenda reformasi Malaysia Madani yang mengimbangi sokongan jangka pendek dengan kemampanan jangka panjang berupaya memperkukuh daya tahan ekonomi negara, meningkatkan keyakinan pelabur serta membuka peluang pertumbuhan baharu kepada sektor perbankan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Group, Novan Amirudin berkata, pendekatan itu berteraskan prinsip tanggungjawab fiskal dan kemakmuran bersama, dengan tumpuan bukan sahaja kepada peningkatan daya saing negara, malah memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi dapat dinikmati secara lebih meluas oleh rakyat.

“Agenda berkenaan merangkumi usaha meningkatkan daya saing Malaysia, menarik pelaburan berkualiti, merangsang inovasi dan mempercepat peralihan kepada aktiviti ekonomi bernilai tinggi,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, menurutnya, reformasi turut memberi penekanan kepada peningkatan peluang pekerjaan, pengukuhan perlindungan sosial dan penambahbaikan taraf hidup rakyat bagi memastikan pertumbuhan ekonomi memberi manfaat yang lebih menyeluruh.

“Usaha konsolidasi fiskal pula dilaksanakan menerusi rasionalisasi subsidi secara bersasar, peluasan asas hasil negara yang lebih progresif, penambahbaikan tadbir urus serta pengurangan ketirisan.

“Langkah itu disertai pengukuhan bantuan sosial bagi membantu isi rumah rentan menghadapi tekanan kos sara hidup, sekali gus mengimbangi keperluan memperkukuh kedudukan kewangan kerajaan dengan perlindungan kebajikan rakyat.

“Reformasi berkenaan turut merangkumi aspek kecukupan simpanan persaraan, perlindungan sosial, pembangunan kemahiran dan peningkatan produktiviti bagi menyediakan asas lebih kukuh kepada pertumbuhan ekonomi jangka panjang,” katanya.

Dalam pada itu, Novan berkata, bagi sektor perbankan, pelaksanaan reformasi itu berpotensi mewujudkan persekitaran makroekonomi yang lebih stabil, memperkukuh keyakinan pelabur dan meningkatkan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan.

“Persekitaran ekonomi yang lebih stabil juga menyediakan ruang kepada institusi kewangan untuk memainkan peranan lebih besar dalam menggerakkan modal ke sektor strategik, termasuk peningkatan keupayaan industri, pembangunan infrastruktur, peralihan tenaga, inovasi dan keterangkuman kewangan.

“Pembiayaan kepada sektor berkenaan penting bagi menyokong usaha meningkatkan produktiviti, memperkukuh daya saing perniagaan serta mempercepat peralihan ekonomi kepada aktiviti yang menawarkan nilai tambah lebih tinggi.

“Justeru, peranan institusi perbankan bukan sekadar sebagai penerima manfaat daripada reformasi ekonomi, sebaliknya turut menjadi rakan strategik dalam menyokong pertumbuhan mampan, memperkukuh daya tahan ekonomi dan merealisasikan aspirasi kemakmuran bersama,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, CIMB baru-baru ini memperkenalkan kad kredit CIMB Lite-i yang menawarkan kemudahan kredit dengan ciri asas bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang mahukan penyelesaian kewangan praktikal.

“Produk itu direka untuk menawarkan kos pembiayaan lebih rendah serta pilihan pembayaran balik yang fleksibel, sekali gus memberi alternatif kepada pengguna yang memerlukan kemudahan kredit bersesuaian dengan keperluan kewangan mereka.

“Pengenalan produk berkenaan mencerminkan antara pendekatan institusi perbankan dalam menyediakan penyelesaian kewangan yang lebih mudah diakses, di samping menyokong usaha memperluas keterangkuman kewangan,” katanya.-UTUSAN

The post Reformasi Madani perkukuh ekonomi, buka peluang baharu sektor perbankan appeared first on Utusan Malaysia .

As published in Utusan Malaysia’s feed.Read at Utusan Malaysia

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 3 independent sources
  • Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 34first news pick-upNEWnow21:0022:0023:0000:0001:00
Latest 01:25 MYT
21New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources3Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source
  2. News
    First news outlet reports it (Google News Malaysia (BM)) source
  3. News
    First news outlet reports it (Kosmo!) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
9 Oct, 19:55 MYT
Origin confidence 90% · 71 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    19:55

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 3 established outlet(s): Google News Malaysia (BM), Kosmo!, Utusan Malaysia

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (3)

CIMB sambut baik pendekatan Belanjawan 2027
kosmo.com.myNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Reformasi Madani perkukuh ekonomi, buka peluang baharu sektor perbankan · Malaysian Attention Engine