Malaysian Attention Engine
Live wire
50World : Saudi Arabia Says 3 Killed In Attacks On Riyadh's King Khalid Airport45Pemuda UMNO, Pas beri isyarat sasar birukan Melaka44Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi42[VIDEO] Pikap tular dikejar polis miliki dadah, alatan curi kabel36General : Haze: Johor Extends Closure Of Schools, Educational Institutions Until Oct 1635Pendaki Malaysia yang disahkan selamat, hubungi keluarga 9 hari selepas banjir di Nepal34Sport : Arctic Open: Aaron-Roy King Reach Final, Zii Jia Bows Out34Tanah runtuh, banjir kilat landa Kundasang, kereta turut tersadai di tebing dihanyut arus34Indonesia guna cecair buatan Brazil padam kebakaran hutan31Pope Leo says will undergo surgery for small growth on lung31Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok3140 rumah, 2 jambatan gantung dihanyutkan banjir kilat di Nepal
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Artis veteran sudah beri komitmen, tak akanlah langsung tiada sumbangan?

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 20:00 MYTLatest activity 11 Oct, 20:00BMconfidence 60%

What happened

Cik Bunga bukanlah mahu mencampuri urusan sesiapa, jauh sekali mahu menuding jari kepada mana-mana pihak. (Utusan Malaysia, 20:00)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·1 min read

Artis veteran sudah beri komitmen, tak akanlah langsung tiada sumbangan?

By .CIK BUNGA. · 11 Oct, 20:00 MYT

Cik Bunga bukanlah mahu mencampuri urusan sesiapa, jauh sekali mahu menuding jari kepada mana-mana pihak.

Namun, apabila membabitkan nasib artis, terutama golongan veteran yang sudah lama menabur bakti dalam industri seni, hati Cik Bunga terusik. Ini berhubung sebuah pertandingan realiti yang berlangsung di kaca televisyen minggu lalu. Program sudah tamat. Tetapi biasalah, bak kata orang rumah sudah siap pahat berbunyi.

Persoalannya, tak akanlah langsung tiada sedikit ihsan buat mereka yang sudah bersusah payah menyertai program itu? Cik Bunga difahamkan, sebahagian peserta bukanlah datang dalam keadaan serba senang.

Ada berdepan pelbagai masalah, malah ada juga perlu mengeluarkan wang sendiri untuk hadir ke lokasi program.

Bayangkan, dalam keadaan kehidupan yang tidak stabil, mereka masih gagahkan diri datang kerana mahu memberi komitmen terhadap pertandingan.

Dalam pada itu, ada peserta yang terpaksa menolak tawaran pekerjaan lain semata-mata mahu memberi tumpuan kepada program berkenaan. Bukankah itu juga satu bentuk pengorbanan?

Jadi, Cik Bunga tertanya-tanya, adakah terlalu berat sekiranya peserta diberikan sedikit sumbangan wang tunai sepanjang menyertai program berkenaan? Bukanlah meminta mereka diberikan kemewahan.

Jangan pula kerana kamera sudah dimatikan, lampu pentas sudah dipadam dan program sudah melabuhkan tirai, nasib peserta terus dilupakan.

Cik Bunga faham, dunia hiburan memang penuh persaingan. Tetapi dalam mengejar rating, kandungan dan perhatian penonton, jangan sampai aspek kebajikan insan seni yang menjadi sebahagian daripada program itu terlepas pandang.

Apatah lagi, mereka ini bukannya baru semalam mengenal dunia seni. Ada yang sudah puluhan tahun menghiburkan masyarakat, mencurahkan tenaga, masa dan bakat untuk industri. Kalau pihak penganjur mampu menyediakan pelbagai keperluan untuk memastikan program itu berjalan lancar, Cik Bunga percaya, tentu boleh dicari sedikit ruang untuk memastikan peserta juga tidak terbeban.

Janganlah peserta hanya dilihat sebagai ‘wajah’ yang menghidupkan program. Cik Bunga percaya, kebajikan peserta bukan sesuatu yang sepatutnya dipandang sebelah mata.

The post Artis veteran sudah beri komitmen, tak akanlah langsung tiada sumbangan? appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow21:0022:00
Latest 22:26 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
11 Oct, 20:00 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    20:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Artis veteran sudah beri komitmen, tak akanlah langsung tiada sumbangan? · Malaysian Attention Engine