
Tanah runtuh, banjir kilat landa Kundasang, kereta turut tersadai di tebing dihanyut arus
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
RANAU: Hujan lebat berterusan sejak petang tadi mengakibatkan tanah runtuh dan banjir kilat di beberapa kawasan sekitar Kundasang, dengan sebuah Perodua Kancil dipercayai dihanyutkan arus hingga terbalik di tebing jalan kampung. (Berita Harian, 22:03)
Read the reporting
1 report
Tanah runtuh, banjir kilat landa Kundasang, kereta turut tersadai di tebing dihanyut arus
RANAU: Hujan lebat berterusan sejak petang tadi mengakibatkan tanah runtuh dan banjir kilat di beberapa kawasan sekitar Kundasang, dengan sebuah Perodua Kancil dipercayai dihanyutkan arus hingga terbalik di tebing jalan kampung.
Kejadian berlaku di Kampung Sinisian (Kampung Gorowot) dengan kereta terbabit ditemukan terbalik di kawasan runtuhan tanah berhampiran laluan masuk utama.
Ketua Polis Daerah Ranau, Superintendan Mursalin Mahmud berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian di Kampung Sinisian itu kira-kira jam 5.58 petang.
Pemeriksaan di lokasi mendapati sebuah Perodua Kancil terbalik di tebing jalan dengan kawasan runtuhan dianggarkan seluas 223 meter persegi.
"Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.
"Hujan berterusan melanda kawasan berkenaan sejak jam 4 petang," katanya ketika dihubungi.
Mursalin berkata, pihaknya turut menerima laporan tanah runtuh di belakang Surau Al-Taqwah, Kampung Dumpiring Bawah, Kundasang, kira-kira jam 5.19 petang.
Katanya, runtuhan tanah di kawasan berkenaan dianggarkan seluas 74 meter persegi, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
"Dalam kejadian berasingan, limpahan air bercampur batuan turut menjejaskan jalan utama Kampung Pahu ke Kampung Himbaan di Bundu Tuhan.
"Pemeriksaan kira-kira jam 8 malam mendapati saluran pembetung tersumbat sehingga menyebabkan air bersama batuan melimpah ke atas jalan raya," katanya.
Menurutnya, lapan pekerja syarikat DCTF Group berada di lokasi bagi menjalankan kerja pembersihan laluan berkenaan.
Katanya, anggota polis dari Pondok Polis Bundu Tuhan bersama pasukan peronda Kundasang turut menjalankan pemeriksaan dan pemantauan di kawasan terjejas.
Terdahulu, tular di media sosial beberapa gambar memaparkan sebuah Perodua Kancil terbalik di tebing jalan, selain limpahan air bercampur batuan yang memenuhi jalan raya di sekitar Kundasang.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian22:03
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.