
Indonesia guna cecair buatan Brazil padam kebakaran hutan
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
JAKARTA: Kerajaan Indonesia mempergiat usaha memadam kebakaran hutan di beberapa wilayah, termasuk menerusi ujian penggunaan cecair pemadam buatan Brazil di Sumatera Selatan. (Utusan Malaysia, 21:58)
Read the reporting
1 report
Indonesia guna cecair buatan Brazil padam kebakaran hutan
JAKARTA: Kerajaan Indonesia mempergiat usaha memadam kebakaran hutan di beberapa wilayah, termasuk menerusi ujian penggunaan cecair pemadam buatan Brazil di Sumatera Selatan.
Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik dan Keselamatan, Dudung Abdurachman berkata, kerajaan akan mengoptimumkan pelbagai kaedah pemadaman, sama ada melalui operasi udara mahupun darat, bagi menangani kebakaran yang masih berlaku.
“Kebetulan, kita menerima bantuan dari Brazil dalam bentuk cecair yang boleh disembur dan mendap untuk memadamkan kebakaran. Kita sudah menguji cecair ini di Sumatera Selatan dan Kalimantan.
“Diharapkan usaha ini dapat diteruskan supaya kebakaran dapat dipadamkan dengan cepat,” kata Dudung selepas mesyuarat dua hala antara Presiden Prabowo Subianto dengan rakan sejawatannya dari Mesir, Abdel Fattah el-Sisi, di Kompleks Istana Presiden di Jakarta pada Ahad, menurut laporan ANTARA.
Dudung berkata, beliau akan meninjau beberapa kawasan yang terjejas akibat kebakaran hutan, termasuk Sumatera Selatan, bagi melihat perkembangan usaha memadamkan kebakaran.
Beliau menjelaskan, operasi pemadaman akan diteruskan melalui operasi udara menggunakan helikopter, selain tindakan secara langsung oleh anggota di lapangan.
“Melalui udara, menggunakan helikopter. Operasi secara manual juga akan dilaksanakan oleh anggota yang terbabit,” tambah Dudung.
Sebelum ini, Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) melaporkan ujian penggunaan bahan pemadam bagi menangani kebakaran tanah gambut.
Dalam kenyataan pada Jumaat, BNPB berkata, bahan Realiza Anti Chamas telah diuji di kawasan Banyuasin, Sumatera Selatan.
Produk itu merupakan serbuk yang dilarutkan dalam air sebelum disembur ke arah api bagi menghalang kebakaran daripada merebak.
Sementara itu, Ketua Staf Presiden, Listyo Sigit Prabowo berkata. kerajaan terus memantau kebakaran hutan dan menilai langkah yang berkesan bagi mempercepatkan usaha pemadaman.
Beliau berkata, Prabowo telah mengarahkan Tentera Nasional Indonesia (TNI), Polis Negara, kerajaan tempatan dan kementerian berkaitan, termasuk pasukan Manggala Agni di bawah Kementerian Perhutanan, supaya meneruskan usaha memadamkan kebakaran.
Usaha menangani kebakaran dipergiat menerusi operasi darat dan udara. Kerajaan turut meningkatkan hebahan kepada orang ramai dan meneliti penambahbaikan peraturan bagi memperkukuh langkah pencegahan kebakaran.
Indonesia sering berdepan kebakaran hutan ketika musim kemarau tetapi kebakaran tahun ini semakin buruk akibat fenomena cuaca El Nino yang dijangka menjadi antara terkuat sejak rekod perbandingan seumpamanya mula disimpan empat dekad lalu. – AGENSI
The post Indonesia guna cecair buatan Brazil padam kebakaran hutan appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia21:58
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.