
Aryna Sabalenka terus merudum, tersingkir di Wuhan
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Wuhan: Kemerosotan prestasi Aryna Sabalenka berterusan apabila pemain nombor satu pilihan itu tersingkir pada pusingan 32 terakhir Terbuka Wuhan selepas tewas kepada pemain Amerika Syarikat (AS), Ann Li, hari ini. (Harian Metro, 23:21)
Read the reporting
1 report
Aryna Sabalenka terus merudum, tersingkir di Wuhan
Wuhan: Kemerosotan prestasi Aryna Sabalenka berterusan apabila pemain nombor satu pilihan itu tersingkir pada pusingan 32 terakhir Terbuka Wuhan selepas tewas kepada pemain Amerika Syarikat (AS), Ann Li, hari ini.
Sabalenka yang juga bekas pemain nombor satu dunia terpaksa akur dengan kekalahan 6-3, 4-6, 6-7 (5) kepada Li yang tidak diletakkan sebagai pemain pilihan dalam kejohanan berkenaan.
Kekalahan itu melanjutkan kemarau gelaran pemain Belarus berusia 28 tahun berkenaan yang kali terakhir menjulang trofi menerusi kejayaan memenangi Terbuka Indian Wells dan Terbuka Miami untuk melengkapkan gelaran Sunshine Double awal tahun ini.
Sabalenka sebelum ini mara ke final Terbuka Amerika Syarikat (AS) bulan lalu, namun tewas kepada Elena Rybakina, sekali gus menyaksikan beliau menamatkan musim tanpa gelaran Grand Slam buat kali pertama sejak 2022.
Beliau turut tersingkir pada pusingan ketiga Terbuka China awal bulan ini sebelum kehilangan kedudukan nombor satu dunia kepada Rybakina selepas Terbuka AS.
Lebih mengecewakan, Terbuka Wuhan sebelum ini menjadi antara kejohanan yang menyaksikan Sabalenka mencipta kejayaan apabila menjuarai edisi 2018, 2019 dan 2024.
Kejayaan itu menjadikan kekalahan kali ini lebih pahit buat pemain berkenaan yang gagal mempertahankan reputasinya di kejohanan WTA 1000 itu.
Sementara itu, Li yang berada di ranking ke-31 dunia mencipta kemenangan terbesar dalam kariernya selepas bangkit daripada ketinggalan 2-4 pada set kedua untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.
Sabalenka kelihatan hampir tersingkir apabila ketinggalan 1-4 pada set ketiga sebelum mendapatkan rawatan perubatan ketika perlawanan berlangsung.
Bagaimanapun, beliau bangkit memberikan tentangan sengit dengan menyelamatkan lima mata perlawanan dan memenangi servis untuk merapatkan jurang kepada 3-5.
Namun, Li kekal tenang untuk akhirnya menukar mata perlawanan ke-10 kepada kemenangan, sekali gus melakar kejutan besar dalam pertembungan yang berlangsung selama dua jam 27 minit itu.
Kesilapan sendiri turut menghukum Sabalenka apabila beliau melakukan 44 kesilapan tidak dipaksa berbanding 28 oleh Li.
Dalam satu lagi aksi pusingan sama, pilihan kedua dari AS, Jessica Pegula turut tersingkir selepas juara Terbuka Perancis 2017, Jelena Ostapenko bangkit untuk mencatat kemenangan 2-6, 7-6 (7), 6-3.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro23:21
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.