Malaysian Attention Engine
Live wire
55Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok47General : Conference Of Rulers Discusses PM Term Limit, Separation Of AG-PP Roles45General : MBI Selangor Launches SA500, NINE Super App To Assist Businesses, Residents41Residensi Siswa UM bakal tempatkan 40,000 penuntut40Kes jangkitan saluran pernafasan meningkat ketika jerebu40Indonesia guna teknologi ais kering era 1940an tangani masalah jerebu39General : Sarawak Gets RM545 Million For JENDELA 2 Rollout, Covers 350 Sites - Fahmi39Sarawak keluarkan 3 lesen karbon hutan baru38RM550 mln Smart City project to cover Greater Kuching38E. Timor shuts schools over Indonesia haze36General : Zul Hadi Appointed Sabah Federal Secretary35Jerebu: Tiada keperluan hantar nota diplomatik kepada Indonesia
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Astaka Padu, Kimlun bangunkan projek kediaman bernilai RM450 juta

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 18:54 MYTLatest activity 15 Oct, 18:54BMconfidence 60%

What happened

PETALING JAYA – Astaka Padu Sdn Bhd (Astaka Padu) dan Kimlun Corporation Berhad (Kimlun) mengumumkan kerjasama terbaharu mereka menerusi pembangunan bersama Amora Serviced Residence (ASR), sebuah pembangunan dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM450 juta. (Kosmo!, 18:54)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·2 min read

Astaka Padu, Kimlun bangunkan projek kediaman bernilai RM450 juta

By KOSMO! · 15 Oct, 18:54 MYT

PETALING JAYA – Astaka Padu Sdn Bhd (Astaka Padu) dan Kimlun Corporation Berhad (Kimlun) mengumumkan kerjasama terbaharu mereka menerusi pembangunan bersama Amora Serviced Residence (ASR), sebuah pembangunan dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM450 juta.

Ini adalah susulan daripada sambutan pasaran yang amat menggalakkan terhadap projek sebelum ini iaitu, Arden @ One Bukit Senyum.

Menandakan kerjasama kali keempat antara kedua-dua kumpulan berpengalaman dalam bidang pembangunan hartanah dan pembinaan yang berpangkalan di Johor, projek baharu ini akan dilaksanakan menerusi syarikat usaha sama sedia ada mereka, Astaka Kimlun Sdn Bhd.

Usaha sama tersebut mencerminkan hubungan strategik yang semakin kukuh antara kedua-dua syarikat, dengan menggabungkan kepakaran Astaka Padu dalam pembangunan hartanah, penentuan kedudukan produk dan pemasaran bersama keupayaan pembinaan serta pengalaman pelaksanaan projek Kimlun.

Ketua Pegawai Eksekutif Astaka Padu Sdn Bhd, Allen Khong berkata, walaupun terdapat kebimbangan mengenai kemungkinan pasaran kediaman Johor Bahru kembali ke tahap pertumbuhan yang lebih normal, pihaknya terus melihat permintaan yang kukuh bagi projek yang mempunyai pembezaan produk yang jelas, jaringan perhubungan yang baik, harga yang kompetitif dan tawaran gaya hidup yang menarik.

“Sehubungan itu, kami berbesar hati mengumumkan kerjasama kali keempat kami dengan Kimlun bagi sebuah projek unik yang terletak di lokasi strategik, yang memenuhi keperluan isi rumah lebih besar, pembeli rumah percutian dan keluarga berbilang generasi.

“Kami menjangkakan permintaan yang kukuh daripada kumpulan pembeli sasaran untuk Amora Serviced Residence, berdasarkan konsepnya sebagai Kediaman Percutian Moden dengan Gaya Hidup Berteraskan Taman.

“Dengan lokasinya yang unik bersebelahan taman bandar seluas 15 ekar, jaringan perhubungan yang baik serta integrasi dalam pembangunan Amora Park yang lebih menyeluruh, ASR menawarkan nilai tersendiri dalam pasaran Johor Bahru.

“Kami teruja untuk sekali lagi bekerjasama dengan Kimlun bagi projek ini. Kerjasama kami selama ini telah membolehkan kedua-dua pihak memahami kekuatan masing-masing dengan lebih mendalam dan membentuk hubungan kerja yang berkesan,” katanya dalam kenyataan.

ASR akan dibangunkan di atas tanah komersial pegangan bebas seluas kira-kira 0.98 hektar di Tampoi, Johor Bahru yang mana ia terletak secara strategik bersebelahan Lebuhraya Pasir Gudang dan sebuah taman bandar seluas enam hektar, pembangunan ini berada kira-kira 15 minit perjalanan dengan kereta dari Stesen Sistem Transit Rapid (RTS) Bukit Chagar dan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Johor Bahru.

Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif Kimlun Corporation Berhad, Chin Lian Hing menerangkan, pihaknya berbesar hati untuk memperluas kerjasama jangka panjang syarikat dengan Astaka Padu menerusi Amora Serviced Residence.

“Kejayaan daripada kerjasama terdahulu kami telah membuktikan kekuatan pelengkap kedua-dua kumpulan, khususnya menerusi kejayaan pembangunan Arden.

“Menerusi ASR, kami berharap dapat meneruskan model kerjasama yang berjaya ini serta terus menyampaikan pembangunan berkualiti yang memenuhi jangkaan pembeli rumah masa kini yang sentiasa berubah,” ujarnya.”

The post Astaka Padu, Kimlun bangunkan projek kediaman bernilai RM450 juta appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 19:54 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
15 Oct, 18:54 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    18:54

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.