
Asyraf Wajdi cari pelajar tular raih SPM 10A tangguh pengajian
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PETALING JAYA – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berhasrat membantu seorang pelajar berusia 19 tahun yang memperoleh keputusan cemerlang 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tetapi terpaksa menangguhkan pengajian ke universiti akibat kekangan kewangan. (Kosmo!, 12:53)
Read the reporting
1 report
Asyraf Wajdi cari pelajar tular raih SPM 10A tangguh pengajian
PETALING JAYA – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berhasrat membantu seorang pelajar berusia 19 tahun yang memperoleh keputusan cemerlang 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tetapi terpaksa menangguhkan pengajian ke universiti akibat kekangan kewangan.
Beliau berkata, pelajar berkenaan dilaporkan terpaksa bekerja sebagai penghantar makanan bagi mencari pendapatan.
Menerusi satu hantaran di Facebook, Asyraf Wajdi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai anak muda itu supaya memaklumkannya dengan segera.
Menurutnya, situasi tersebut mengingatkannya kepada kisah seorang pelajar cemerlang dari Kampung Pahat, Gerik yang terpaksa menangguhkan pengajian ke Universiti Utara Malaysia (UUM) kerana masalah kewangan.
Katanya, pelajar berkenaan terpaksa bekerja di sebuah kilang di Pulau Pinang bagi mengumpul wang untuk menyambung pengajian.
Beliau berkata, bapa pelajar itu terlantar di atas katil akibat serangan angin ahmar, manakala ibunya turut uzur.
“Insya-Allah untuk kedua-dua kes ini, saya akan bantu segera dan pastikan mereka dapat menyambung pengajian dengan segala bantuan yang diperlukan.
“Saya sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa hanya ilmu yang boleh merubah kehidupan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Asyraf Wajdi cari pelajar tular raih SPM 10A tangguh pengajian appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!12:53
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.