Malaysian Attention Engine
Live wire
50General : MOHE, UM Have No Intention Of Taking Action Against Student Representative Over 'Tough' Question – Zambry45Kerajaan galak rakyat guna aplikasi navigasi TuJu, ganti Waze - PM44No driving licences without tests: JPJ warns against fake TikTok promotions43UK to fly RAF missions defending Saudi Arabia against Houthi attacks, Bloomberg reports40General : Selangor Develops Malaysia's First Water University Ecosystem Model39U.S. stock futures climb as investors return to AI trade after selloff By Investing.com39AG heads task force on corporate crime, report to be out in three months38PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang37Parlimen: KPM lulus projek bina semula bangunan daif di 455 sekolah36‘Lesti, saya mohon maaf atas adab yang tidak sempurna’35JKPK Kesihatan serah memorandum isu Jerebu kepada Kedutaan Indonesia esok35Bonnie sumbang emas kedua Malaysia di Sukan Para Asia | Sinar Harian
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Atlet OKU bangkit raih tiga emas Para Sukma

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 18:50 MYTLatest activity 20 Oct, 18:50BMconfidence 60%

What happened

BAGAN SERAI: Perenang para, Amirul Akil Mohd I’zzat Emir, 13, mencatat kejayaan apabila meraih tiga pingat emas dan satu perak serta memecahkan dua rekod kebangsaan pada Para Sukma Selangor 2026 bulan lalu. (Utusan Malaysia, 18:50)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Atlet OKU bangkit raih tiga emas Para Sukma

By WAT KAMAL ABAS · 20 Oct, 18:50 MYT

BAGAN SERAI: Perenang para, Amirul Akil Mohd I’zzat Emir, 13, mencatat kejayaan apabila meraih tiga pingat emas dan satu perak serta memecahkan dua rekod kebangsaan pada Para Sukma Selangor 2026 bulan lalu.

Remaja kurang upaya penglihatan itu yang mewakili Selangor namun bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mudzaffar Shah, Semanggol, turut mencipta satu rekod kejohanan.

Mula yang mewakili Selangor sejak April lalu, Amirul Akil merangkul emas acara renang 100 meter (m) gaya bebas , 100m kuak lentang dan 100m kuak dada selain perak bagi acara 50m gaya bebas.

Dua rekod kebangsaan berjaya dipecahkan menerusi acara 100m gaya bebas dengan catatan satu minit 5.97 saat dan 100m kuak lentang, satu minit 19.84 saat, manakala rekod kejohanan dicipta dalam acara 100m kuak dada.

Amirul Akil berkata, meskipun berasa gementar ketika bertanding, perasaan itu tidak sampai membuatkannya takut atau hilang keyakinan untuk memberikan persembahan terbaik.

“Saya mahu melakukan lebih baik daripada pencapaian sekarang. Saya mahu mencapai sesuatu yang sebelum ini tidak pernah saya bayangkan mampu dilakukan,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Merah di sini hari ini.

Sementara itu, jurulatihnya, Aznil Suhaili Jamaludin, 40, berkata, dia masih mengingati saat ibu Amirul Akil datang menemuinya pada suatu petang dan memaklumkan anaknya didakwa dipukul seorang guru.

Menurutnya, pemeriksaan yang dilakukannya ketika itu mendapati terdapat kesan bengkak di bahagian belakang kepala remaja berkenaan, berhampiran telinga.

“Sebagai jurulatih, saya perlu memeriksa keadaannya terlebih dahulu. Apabila melihat bengkak di kawasan kepala berhampiran telinga, saya menyedari bahawa keadaan itu berbahaya sekiranya dia terus berenang,” katanya.

Ibunya, Syahmina Mohd Azim, 41, pula berharap pencapaian anaknya mendapat perhatian pihak berkaitan di Perak supaya bakat remaja itu dapat dikembangkan ke peringkat lebih tinggi.

“Setakat ini, kami masih belum mendapat dan mengetahui tawaran yang boleh diberikan kepada atlet OKU di Perak.

“Sekiranya Akil mahu mewakili Perak, kami berharap pihak negeri dapat mempertimbangkan sokongan terbaik untuknya,” katanya. – UTUSAN

The post Atlet OKU bangkit raih tiga emas Para Sukma appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow19:00
Latest 19:22 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
20 Oct, 18:50 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    18:50

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Atlet OKU bangkit raih tiga emas Para Sukma
Utusan MalaysiaNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.