Malaysian Attention Engine
Live wire
51Aset kripto RM12.47 juta lesap dari dompet digital50Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM50General : Budget 2027: STR, SARA Aid Raised To RM150 A Month - Anwar49Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok47Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi45Syed Saddiq tetap hadir Parlimen, walaupun bernikah esok44‘Buat anak ayah, semoga Allah jaga hati kamu berdua’44Syarat ketat potongan cukai perbelanjaan gaji pekerja asing41General : MEF Welcomes RM2,000 Minimum Wage, MSME Exemption39Business : Govt Continues To Strengthen Islamic Economy, Offers Up To RM5,000 Matching Grants To MSMEs For Halal Certification39RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202737Reformasi Madani perkukuh ekonomi, buka peluang baharu sektor perbankan
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Azis Jamman nafi kaitan dengan 'Geng Upik', sedia ambil tindakan undang-undang

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 10 Oct, 09:54 MYTLatest activity 10 Oct, 09:54BMconfidence 60%

What happened

KOTA KINABALU - Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan 'Geng Upik' yang dikaitkan dengan kartel dadah dan berjaya ditumpaskan polis tahun lalu.Beliau yang juga Ketua Penerangan Parti Warisan (Warisan) berkata, penularan grafik yang menggunakan gambarnya bersama individu berkenaan memberikan gambaran mengelirukan seolah-olah beliau mempunyai hubungan dengan kumpulan itu."Saya menafikan dengan tegas sebarang hubungan peribadi dengan Upik atau penglibatan dalam kegiatan jenayah gengnya."Saya tidak mengenali beliau secara peribadi dan (Sinar Harian, 09:54)

Read the reporting

1 report
Sinar Harian·News·BM·3 min read

Azis Jamman nafi kaitan dengan 'Geng Upik', sedia ambil tindakan undang-undang

By ASYIKIN ASMIN · 10 Oct, 09:54 MYT

KOTA KINABALU - Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan 'Geng Upik' yang dikaitkan dengan kartel dadah dan berjaya ditumpaskan polis tahun lalu.Beliau yang juga Ketua Penerangan Parti Warisan (Warisan) berkata, penularan grafik yang menggunakan gambarnya bersama individu berkenaan memberikan gambaran mengelirukan seolah-olah beliau mempunyai hubungan dengan kumpulan itu."Saya menafikan dengan tegas sebarang hubungan peribadi dengan Upik atau penglibatan dalam kegiatan jenayah gengnya."Saya tidak mengenali beliau secara peribadi dan tidak pernah bertemu dengannya sepanjang hidup saya. Saya tidak pernah memberikan perlindungan, bantuan atau sokongan kepada beliau mahupun gengnya," katanya dalam kenyataan.Mohd Azis yang juga bekas Ahli Parlimen Sepanggar turut menegaskan beliau tidak pernah dipanggil polis untuk membantu siasatan atau disoal berhubung kes berkenaan sejak ia timbul."Sejak kes ini timbul, saya tidak pernah dipanggil oleh pihak polis untuk membantu siasatan atau disoal berhubung Upik dan gengnya. Tidak pernah, walaupun sekali," katanya.Beliau berkata, penggunaan gambarnya bersama gambar suspek jenayah serta soalan bersifat provokatif bukan bukti untuk mengaitkannya dengan kegiatan berkenaan."Meletakkan gambar saya bersebelahan dengan gambar suspek jenayah serta soalan yang bersifat provokatif bukanlah bukti."Ia menimbulkan gambaran yang mengelirukan dan saya menolaknya dengan tegas. Sesiapa yang membuat tuduhan terhadap saya hendaklah mengemukakan bukti yang boleh disahkan kepada pihak polis," katanya.Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai supaya tidak mempercayai atau menyebarkan tuduhan yang belum dibuktikan sebagai fakta."Saya menyeru orang ramai supaya tidak terpedaya dengan tuduhan tanpa bukti atau menyebarkannya sebagai fakta yang telah terbukti."Tuduhan palsu tidak menjadi benar hanya kerana dikongsi berulang kali," katanya.Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Azis meminta bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menjelaskan kenyataan yang dilaporkan dibuatnya berhubung dakwaan hubungan politik atau perlindungan yang dikaitkan dengan Upik."Sekiranya beliau mempunyai maklumat yang mengenal pasti mana-mana ahli politik yang didakwa melindungi Upik atau gengnya, saya menggesa beliau menyerahkan nama serta maklumat sokongan kepada PDRM," katanya."Dakwaan ini amat serius. Ia mesti disiasat secara menyeluruh dan tidak seharusnya dibiarkan tanpa penyelesaian sehingga individu lain menjadi sasaran spekulasi serta tuduhan," katanya.Mohd Azis berkata, beliau yakin terhadap profesionalisme polis dan menggesa siasatan dijalankan tanpa pilih kasih terhadap mana-mana individu yang disyaki terbabit dalam kegiatan jenayah kumpulan berkenaan."Saya menggesa pihak polis bertindak tanpa gentar atau pilih kasih terhadap sesiapa sahaja yang disyaki berdasarkan bukti yang boleh dipercayai terlibat dalam, membiayai, memudahkan atau melindungi kegiatan jenayah geng tersebut," katanya.Menurutnya, tindakan undang-undang perlu diambil terhadap pihak yang terlibat sekiranya terdapat asas yang mencukupi, tanpa mengira kedudukan atau hubungan politik."Apabila terdapat asas yang mencukupi, tangkapan dan pendakwaan hendaklah dilaksanakan mengikut undang-undang, tanpa mengira kedudukan politik, keahlian parti, status atau hubungan peribadi," ujar beliau.Beliau turut menegaskan kedudukan politiknya tidak seharusnya dijadikan asas untuk membuat tuduhan atau mempertahankannya daripada sebarang siasatan."Saya tidak mengawal siasatan polis dan tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan pihak polis melindungi sesiapa."Kedudukan politik saya tidak boleh dijadikan pengganti kepada bukti, sama ada untuk menuduh atau mempertahankan saya," katanya.Dalam pada itu, beliau memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menerbitkan atau menyebarkan tuduhan berunsur fitnah yang mengaitkannya dengan Upik dan kumpulannya."Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, termasuk memfailkan saman fitnah, terhadap sesiapa yang menerbitkan atau menyebarkan semula tuduhan berunsur fitnah yang mengaitkan saya dengan Upik atau gengnya."Saya akan mempertahankan nama baik saya dan menuntut remedi yang tersedia di sisi undang-undang," katanya.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow11:0012:00
Latest 12:23 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source

Where it started

Sinar Harian (News)
10 Oct, 09:54 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    09:54

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Azis Jamman nafi kaitan dengan 'Geng Upik', sedia ambil tindakan undang-undang · Malaysian Attention Engine