
Bagaimana pelarian tak bekerja bayar insurans, kerajaan disoal
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Tenaganita berkata pelarian tidak dibenarkan bekerja secara sah di Malaysia, menyebabkan mereka terpaksa bergantung pada pendapatan tidak tetap dan ramai yang tidak mampu penuhi keperluan asas sekalipun. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Sebuah NGO yang memperjuangkan hak migran dan pelarian mengkritik cadangan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya caruman insurans kesihatan diwajibkan ke atas pelarian dan pemohon suaka, dengan menyifatkannya sebagai tidak realistik dan tidak saksama. (Free Malaysia Today, 08:30)
Read the reporting
1 report
Bagaimana pelarian tak bekerja bayar insurans, kerajaan disoal
Tenaganita berkata pelarian tidak dibenarkan bekerja secara sah di Malaysia, menyebabkan mereka terpaksa bergantung pada pendapatan tidak tetap dan ramai yang tidak mampu penuhi keperluan asas sekalipun. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Sebuah NGO yang memperjuangkan hak migran dan pelarian mengkritik cadangan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya caruman insurans kesihatan diwajibkan ke atas pelarian dan pemohon suaka, dengan menyifatkannya sebagai tidak realistik dan tidak saksama.
Pengarah Eksekutif Tenaganita, Glorene Das, berkata pelarian tidak dibenarkan bekerja secara sah di Malaysia, menyebabkan mereka terpaksa bergantung pada pendapatan tidak tetap dan ramai yang tidak mampu memenuhi keperluan asas sekalipun.
Das mengakui kewujudan skim Insurans Perubatan Pelarian (Remedi), yang menyediakan perlindungan pada kadar kira-kira RM183.60 setahun, tetapi menegaskan bahawa jumlah itu juga terlalu tinggi bagi pelarian.
“Bagaimanakah kita boleh mewajibkan insurans kepada golongan yang tidak dibenarkan secara sah untuk mencari nafkah? Kita tidak boleh menafikan hak asas pelarian sambil mengharapkan mereka memenuhi kewajipan kewangan,” katanya kepada FMT.
Das berkata kerajaan sepatutnya terlebih dahulu menilai mekanisme sedia ada seperti Remedi, mengenal pasti kekurangan dari segi kemampuan membayar dan perlindungan, serta meneroka cara untuk memperkukuh skim sedemikian.
Beliau berkata penyelesaian yang lebih mampan adalah dengan terlebih dahulu memberikan pelarian hak untuk bekerja secara sah di Malaysia, sekali gus membolehkan mereka membiayai penjagaan kesihatan sendiri sambil menyumbang kepada ekonomi tempatan.
“Kita juga mesti mengakui bahawa penjagaan kesihatan pencegahan dan rawatan awal jauh lebih murah berbanding rawatan kecemasan apabila orang ramai menangguhkan usaha mendapatkan rawatan perubatan kerana tidak mampu membayarnya,” katanya.
Minggu lalu, KKM mencadangkan supaya caruman insurans kesihatan diwajibkan ke atas pelarian dan pemohon suaka berdaftar bagi membantu menampung kos rawatan mereka serta mengelakkan tunggakan bil perubatan daripada terus meningkat.
Timbalan Menteri Kesihatan, Hanifah Hajar Taib, berkata kewajipan itu sepatutnya terpakai kepada pelarian dan pemohon suaka yang berdaftar di bawah sistem pendaftaran pelarian kerajaan, yang turut dikenali sebagai DPP.
Hanifah berkata lebih 80% daripada tunggakan bil perubatan melibatkan migran tanpa dokumen dan individu tanpa kerakyatan.
Premium mesti sediakan perlindungan sebenar
Sementara itu, sebuah badan pemikir kesihatan berkata KKM mesti memastikan cadangannya itu benar-benar memberikan perlindungan perubatan kepada komuniti berkenaan, dengan mengambil kira isu berulang berkaitan insurans untuk pekerja migran di Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen, Azrul Khalib, berkata pekerja migran sudah diwajibkan memiliki insurans perubatan untuk bekerja di Malaysia, namun isu bil perubatan yang belum dijelaskan terus berlarutan dalam kalangan mereka.
“Ke manakah wang yang dibayar untuk insurans mereka disalurkan? Adakah dana ini digunakan untuk menyediakan perlindungan kesihatan yang telah dibayar?
“Masalahnya ialah memastikan wang daripada premium yang dibayar benar-benar digunakan untuk menjelaskan bil perubatan,” katanya.
Azrul berkata cadangan itu sendiri bukan sesuatu yang tidak realistik, memandangkan skim Remedi sedia ada yang terbuka kepada semua pelarian berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) sehingga usia 60 tahun. Skim itu disokong oleh Allianz.
Beliau berkata KKM sepatutnya melibatkan pengendali insurans dan takaful yang mantap untuk menguruskan cadangan itu kerana langkah tersebut merupakan cara terbaik untuk menguruskan caruman, sambil memberikan pelarian dan pemohon suaka akses kepada sistem penjagaan kesihatan swasta.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Free Malaysia Today) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today08:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.