
4 terbunuh dalam kes tembakan di sekolah rendah Oregon
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
LOS ANGELES: Polis mengesahkan kes tembakan di sebuah sekolah rendah di Oregon, barat laut Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, dengan media melaporkan tiga kanak-kanak dan seorang dewasa terbunuh. (Berita Harian, 07:09)
Read the reporting
4 reports
4 terbunuh dalam kes tembakan di sekolah rendah Oregon
LOS ANGELES: Polis mengesahkan kes tembakan di sebuah sekolah rendah di Oregon, barat laut Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, dengan media melaporkan tiga kanak-kanak dan seorang dewasa terbunuh.
Polis berkata penyerang lelaki itu ditembak mati kerana melepaskan tembakan di sebuah sekolah rendah di Bend, Oregon,
"Setakat ini, kami mengesahkan terdapat beberapa mangsa," menurut kenyataan polis tempatan yang turut memaklumkan sekurang-kurangnya dua individu dibawa ke hospital berhampiran.
Keadaan mereka ketika ini belum diketahui. Kanak-kanak turut menjadi mangsa, menurut kenyataan itu.
CNN dan CBS News melaporkan empat individu, terdiri daripada tiga kanak-kanak dan seorang dewasa, terbunuh dengan memetik sumber penguat kuasa undang-undang.
Bagaimanapun, polis belum mengesahkan maklumat berkenaan.
Pengurus komunikasi Jabatan Polis Bend, Sheila Miller, berkata kepada pemberita bahawa beliau tidak mempunyai maklumat mengenai penembak itu dan tidak mengetahui pihak yang menembak suspek.
"Kami belum mengesahkan siapa yang menembak suspek. Kemungkinan orang awam," kata Miller.
Sekurang-kurangnya dua individu dibawa ke hospital, namun Miller berkata beliau tidak mengetahui keadaan mereka.
Menurut Miller, polis menerima laporan mengenai seorang penembak di Sekolah Rendah Silver Rail yang melepaskan tembakan ke arah sebuah kenderaan.
Polis tiba di kawasan sekolah dalam tempoh beberapa minit dan penembak itu rebah hampir serta-merta.
Miller berkata pegawai polis dimaklumkan supaya bergegas ke lokasi kejadian kritikal itu pada jam 1 tengah hari waktu tempatan, dengan polis tiba kira-kira dua minit kemudian.
"Beberapa saat kemudian, kami menerima maklumat melalui radio bahawa suspek dalam kejadian itu sudah rebah," katanya.
Miller berkata pasukan perubatan membawa sekurang-kurangnya dua individu ke hospital berhampiran, sambil menambah bahawa pihaknya 'tidak mengetahui keadaan mereka'.
Daerah Sekolah Bend-La Pine dalam satu kenyataan di media sosial memaklumkan Sekolah Rendah Silver Rail dikenakan perintah berkurung bagi memastikan keselamatan warga sekolah.
Dalam hantaran yang dikemas kini kemudian, pihak daerah sekolah berkata anggota penguat kuasa undang-undang mengiringi murid menaiki bas ke lokasi berasingan bagi membolehkan mereka bertemu semula dengan keluarga masing-masing.
Bend ialah sebuah bandar yang mempunyai kira-kira 100,000 penduduk di tengah Oregon, kira-kira 280 kilometer ke tenggara Portland.
Sekolah Rendah Silver Rail menempatkan murid dari tadika hingga darjah lima, berusia kira-kira lima hingga 11 tahun. Sekolah itu mempunyai sekitar 450 murid dan 40 kakitangan, kata Miller.
AS, yang mempunyai akses meluas kepada senjata api, sering berdepan keganasan bersenjata, dengan ribuan orang terbunuh setiap tahun. Negara itu mencatatkan kadar kematian berkaitan senjata api tertinggi dalam kalangan negara maju.
Menurut Gun Violence Archive, lebih 360 kejadian tembakan beramai-ramai dilaporkan di Amerika Syarikat setakat tahun ini.
Pertubuhan itu mentakrifkan kejadian tembakan beramai-ramai sebagai kes yang mengakibatkan sekurang-kurangnya empat orang ditembak. - AGENSI
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is accelerating
- Mention velocity 2.0× the previous hour (2 vs 1 mentions)
- Current hour is 1.5 standard deviations above this event's own baseline
- 5 independent sources, 2 new in the last hour
- Driven by news coverage (4 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in English, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian07:09
- Step 2NewsThe Vibes09:04 · +115 min
Internet reaction
- Four reported dead in Oregon elementary school shooting, suspect killedu/The Vibes · The Vibes · 09:04 · EN
What we know
- Covered by 4 established outlet(s): Astro Awani (BM), Berita Harian, Free Malaysia Today, Kosmo!
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (7)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.