
`Saya tak pergi daftar belajar sebab tak cukup duit' - Pelajar cemerlang
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR: Tular di media sosial satu perkongsian video berdurasi tiga minit oleh Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, yang menyentuh hati orang ramai selepas beliau tampil membantu pelajar cemerlang yang hampir terlepas peluang melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi akibat kekangan kewangan. (Berita Harian, 11:10)
Read the reporting
1 report
`Saya tak pergi daftar belajar sebab tak cukup duit' - Pelajar cemerlang
KUALA LUMPUR: Tular di media sosial satu perkongsian video berdurasi tiga minit oleh Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, yang menyentuh hati orang ramai selepas beliau tampil membantu pelajar cemerlang yang hampir terlepas peluang melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi akibat kekangan kewangan.
Asyraf Wajdi yang mengadakan lawatan ke Gerik didatangi Ketua Kampung Kuak Hulu, Mohd Nazri Md Midah atau Tok Nazri yang memaklumkan nasib seorang anak buahnya dari keluarga kurang berkemampuan.
Pelajar perempuan itu yang memperoleh keputusan cemerlang dilaporkan gagal hadir pada hari pendaftaran universiti di Selangor pada Ogos lalu berikutan kedaifan keluarga.
"Pantang sungguh saya dengar berita pelajar cemerlang yang tidak hadir pendaftaran ke universiti kerana kekangan wang," tegas Asyraf Wajdi menerusi hantaran video di Reels FB miliknya.
Mengetahui hasrat dan minat mendalam pelajar berkenaan dalam bidang kejururawatan, Asyraf Wajdi tanpa membuang masa terus membuat panggilan telefon secara terus kepada Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Ketua Kampus UniKL Royal College of Medicine Perak (RCMP), Hishamuddin Omar untuk bertanyakan kekosongan.
Tindakan pantas itu membuahkan hasil apabila pihak UniKL RCMP memberikan maklum balas positif dan bersetuju menawarkan tempat kepada pelajar berkenaan bagi sesi kemasukan Januari depan.
Video perkongsian itu turut mendapat pelbagai reaksi positif daripada orang ramai yang rata-ratanya memuji keprihatinan Asyraf Wajdi serta kerjasama erat ketua kampung yang sentiasa peka dengan nasib penduduk setempat.
Asyraf Wajdi turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pimpinan akar umbi yang cakna dan berharap lebih ramai pihak yang berkemampuan tampil membantu anak bangsa yang berdepan kesukaran demi menuntut ilmu.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian11:10
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.