
Bahasa Melayu perlu terus dimartabatkan sebagai agenda nasional – Fadhlina
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
MELAKA: Usaha memartabatkan bahasa Melayu perlu dilaksanakan secara konsisten sebagai agenda nasional, termasuk memperluas penggunaannya dalam kalangan generasi muda tanpa mengabaikan penguasaan bahasa Inggeris. (Utusan Malaysia, 14:39)
Read the reporting
3 reports
Bahasa Melayu perlu terus dimartabatkan sebagai agenda nasional – Fadhlina
MELAKA: Usaha memartabatkan bahasa Melayu perlu dilaksanakan secara konsisten sebagai agenda nasional, termasuk memperluas penggunaannya dalam kalangan generasi muda tanpa mengabaikan penguasaan bahasa Inggeris.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, usaha itu bukan sekadar memastikan bahasa kebangsaan terus digunakan, malah memperkayakan kosa kata serta meningkatkan kemahiran berbahasa dalam masyarakat.
Menurutnya, penguasaan bahasa Melayu perlu diperkukuh menerusi pelbagai platform termasuk pertandingan pidato yang memberi ruang kepada mahasiswa menyampaikan pandangan dengan hujah bernas dan berlandaskan ilmu.
“Dasar memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuh bahasa Inggeris adalah dasar yang sangat penting untuk negara.
“Kita perlu konsisten memastikan penggunaan, pengayaan dan peluasan kemahiran bahasa Melayu terus menjadi sebahagian daripada agenda nasional,” katanya pada Pertandingan Akhir Pidato Arena Wacana Aspirasi Mahasiswa Peringkat Institusi Pengajian Tinggi bersempena Dekad Bahasa Kebangsaan (DBK) 2026 di Dewan Auditorium Bangunan Canselori Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), di sini hari ini.
Beliau turut menyampaikan hadiah RM1,000 kepada pemenang johan pidato iaitu penuntut tahun ketiga Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Putra Haikal Ikhwansyah Nafarulzian.
Naib juara disandang Yang Asyraf Asyran Rashidi, penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia Proses Kimia Industri di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mendapat RM800.
Fadhlina berkata, penguasaan bahasa turut memainkan peranan penting dalam membentuk budaya ilmu, khususnya apabila generasi muda perlu berupaya menyampaikan pandangan secara tersusun, berhemah dan disokong hujah yang kukuh.
Katanya, kebebasan bersuara bukan bermaksud seseorang boleh mengemukakan pandangan tanpa batas, sebaliknya perlu disertai tanggungjawab serta adab, terutama ketika berhadapan perbezaan pendapat.
“Apabila kita berbeza pandangan, ia harus disertai hujah yang kuat. Kekuatan untuk berhujah pula datang daripada ilmu dan pembacaan yang lebih mendalam.
“Dalam masyarakat, perbezaan pandangan juga mempunyai pedomannya. Kita perlu mendidik generasi muda supaya memahami bahawa kebebasan bersuara mesti didasari adab dan tanggungjawab,” katanya.
Beliau turut menekankan kepentingan budaya membaca sebagai asas membentuk masyarakat berilmu, sambil mengingatkan mahasiswa supaya tidak menganggap pembacaan sekadar hobi, sebaliknya menjadikannya disiplin harian. – UTUSAN
The post Bahasa Melayu perlu terus dimartabatkan sebagai agenda nasional – Fadhlina appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia14:39
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.