
Bahrain rekrut 1,850 anggota keselamatan dari Pakistan - Ishaq Dar
Only social or community posts, or a single source.
What happened
ISTANBUL: Bahrain merekrut lebih 1,800 anggota dan pegawai keselamatan dari Pakistan, kata Menteri Luar negara Asia Selatan itu pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi. (Astro Awani (BM), 04:30)
Read the reporting
1 report
Bahrain rekrut 1,850 anggota keselamatan dari Pakistan - Ishaq Dar
ISTANBUL: Bahrain merekrut lebih 1,800 anggota dan pegawai keselamatan dari Pakistan, kata Menteri Luar negara Asia Selatan itu pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi.
Ishaq Dar berkongsi maklumat itu ketika sesi ketiga Suruhanjaya Bersama Menteri Pakistan-Bahrain yang berlangsung di Islamabad dan dipengerusikan bersama Menteri Luar Bahrain Abdullatif bin Rashid Al Zayani.
“Kami sekali lagi mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada 1,800 anggota tentera Pakistan, termasuk 30 pegawai tentera yang telah bersara, untuk berkhidmat dalam Pengawal Kebangsaan Bahrain,” kata Dar dalam ucapan pembukaannya kepada rakan sejawatnya dari Bahrain.
“Saya memberi jaminan kepada anda bahawa mereka akan menjalankan tugas dengan baik,” kata Dar kepada Al Zayani, dalam siaran langsung mesyuarat itu yang disiarkan oleh Pakistan TV -- stesen kendalian kerajaan.
“Mereka sangat berdisiplin... dan dikenali sebagai antara angkatan tentera dan pasukan separa tentera terbaik di dunia,” kata Dar sambil mengucapkan terima kasih kepada rakan sejawatnya.
Beliau turut berkata 13 pegawai dan 37 anggota dari Pakistan menyertai Pengawal Pantai Bahrain di bawah perjanjian yang ditandatangani pada 24 Jun antara Pengawal Pantai Pakistan dan Kementerian Dalam Negeri Bahrain.
Dar dan Al Zayani turut membincangkan konflik di Asia Barat serta menekankan kepentingan meredakan ketegangan dalam perang AS-Iran dan konflik antara Arab Saudi dengan kumpulan Houthi di Yaman.
Pakistan dan Bahrain akan memperingati 55 tahun hubungan diplomatik pada tahun depan dan menetapkan sasaran perdagangan dua hala sebanyak AS$1 bilion.
Negara Teluk itu menjadi tuan rumah kepada kira-kira 134,000 warga Pakistan.
Dar turut berkata mereka membincangkan konflik di Palestin, sambil menegaskan semula sokongan prinsip Pakistan terhadap rakyat Palestin dan hak mereka yang tidak boleh dinafikan.
“Kami menyatakan kebimbangan terhadap masaalah berterusan penempatan haram serta percubaan untuk mengubah status Al-Quds al-Sharif,” kata Dar, sambil menekankan keperluan memastikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza dapat disalurkan tanpa halangan.
-- BERNAMA-ANADOLU
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Astro Awani (BM)) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsAstro Awani (BM)04:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Astro Awani (BM)
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.