Malaysian Attention Engine
Live wire
56Selangor tangguh sambutan Hari Sukan Negara susulan jerebu53General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am51Kes bunuh Irene Sofiya: Reman remaja lelaki 16 tahun disambung 6 hari mulai esok50Cubaan seludup syabu: Jet peribadi disewa RM200,00050Two detained, RM3.3 mln drugs seized44Business : SSM Extends Compound Reduction Period Until Dec 3143Suspek utama kes pembunuhan Irene Sofiya disambung reman enam hari42Meta bans TikTok from advertising on its apps, Bloomberg News reports42Ringgit eases vs US dollar, ends higher against Asean currencies40Houthi lancar dua peluru berpandu ke arah Riyadh38Belanjawan 2027: Rakyat dijangka nikmati lebih banyak manfaat35Three Pontian siblings killed in motorcycle‑lorry crash after insisting on school despite haze closure
NewConfirmedupdated 2 h ago

Ganabatirau sues Firdaus Wong over ‘loyalty’ posts

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
23
no previous hour
Momentum
23
0 vs 0 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 08:43 MYTLatest activity 9 Oct, 09:00ENBMconfidence 78%

What happened

Klang MP V Ganabatirau said the posts published on preacher Firdaus Wong’s social media accounts are defamatory and have tarnished his reputation. KUALA LUMPUR: Klang MP V Ganabatirau has filed a defamation suit against preacher Firdaus Wong at the High Court here over social media posts allegedly casting doubt on his loyalty to Malaysia. (Free Malaysia Today, 08:43)

Read the reporting

1 report
Photo: Free Malaysia Today
Free Malaysia Today·News·BM·2 min read

Ganabatirau saman Firdaus Wong berkait hantaran ‘setia’

By FMT Reporters · 9 Oct, 09:00 MYT

Ahli Parlimen Klang V Ganabatirau, berkata hantaran diterbitkan di akaun media sosial penceramah Firdaus Wong berunsur fitnah dan mencemarkan reputasinya. KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Klang V Ganabatirau memfailkan saman fitnah terhadap penceramah Firdaus Wong di Mahkamah Tinggi berhubung hantaran media sosial didakwa mempersoalkan kesetiaannya kepada Malaysia.

Ganabatirau berkata, hantaran diterbitkan di akaun Facebook dan Instagram Firdaus pada 28 Julai itu berunsur fitnah dan mencemarkan reputasi, integriti serta kewibawaannya sebagai wakil rakyat.

Hantaran tersebut dibuat susulan pertemuan Ganabatirau dengan Narendra Modi sempena lawatan perdana menteri India itu ke Malaysia, pada 8 Feb.

Menurut pernyataan tuntutan, Ganabatirau membangkitkan kebimbangan dengan Modi mengenai syarat-syarat kemudahan kad warganegara luar negara India (OCI) dan memohon kelonggaran lebih besar bagi rakyat Malaysia berketurunan India yang layak.

Ganabatirau berkata, Firdaus mempersoalkan motifnya yang 'bersungguh-sungguh' meminta kelonggaran berkenaan pada pertemuan tersebut.

Hantaran itu turut menggambarkan OCI sebagai 'kad warganegara India luar negara' dan diakhiri dengan ungkapan 'Ganabatirau setia kepada Malaysia', berserta emoji memberi tabik hormat.

Ganabatirau mendakwa, kenyataan penutup itu berunsur sarkastik dan bukannya pengesahan terhadap kesetiaannya, serta bertujuan memberi bayangan bahawa kesetiaannya kepada Malaysia diragui.

Beliau berkata, hantaran berkenaan apabila dibaca secara keseluruhan, memberi tanggapan kesetiaannya berbelah bahagi antara Malaysia dan India, dan bahawa beliau mengutamakan kepentingan India berbanding Malaysia.

Ahli Parlimen itu turut menegaskan, kemudahan OCI tidak menganugerahkan kewarganegaraan India, sambil menambah tiada apa-apa dalam kenyataan asalnya yang membayangkan rakyat Malaysia perlu melepaskan kewarganegaraan atau kesetiaan mereka kepada Malaysia.

Saman itu menyatakan akaun Facebook Firdaus mempunyai sekitar 140,000 pengikut, manakala akaun Instagram mempunyai sekitar 387,000 pengikut.

Hantaran Facebook terbabit menerima sekitar 963 reaksi, 207 komen dan 139 perkongsian, manakala hantaran Instagram meraih sekitar 1,525 tanda suka dan 163 komen.

Ganabatirau berkata, beliau mengeluarkan surat tuntutan pada 4 Ogos untuk meminta penarikan balik hantaran, permohonan maaf serta pemadaman hantaran itu.

Beliau mendakwa, Firdaus enggan mematuhinya selain mempertahankan tohmahan berkenaan secara terbuka.

Ganabatirau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, dan ganti rugi teladan, perintah injunksi bagi menghalang penerbitan berlanjutan, pemadaman hantaran, serta permohonan maaf terbuka.

Saman itu difailkan semalam menerusi firma guaman Tetuan SN Nair & Partners.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow09:0010:0011:00
Latest 11:27 MYT
23New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Free Malaysia Today) source

Where it started

Free Malaysia Today (News)
9 Oct, 08:43 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Free Malaysia Today
    08:43

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (3)

Ganabatirau sues Firdaus Wong over 'loyalty' posts
Free Malaysia TodayNewsmainstreamEN
Ganabatirau sues Firdaus Wong over ‘loyalty’ posts
freemalaysiatoday.comNewsmainstreamENnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.