
Baki RM1.06 bertahan sampai hujung bulan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Details are being gathered from the sources below.
Read the reporting
1 report
Baki RM1.06 bertahan sampai hujung bulan
Bulan lepas, sewaktu rancak berbual ketika minum petang, seorang rakan menerima kiriman WhatsApp daripada anak lelakinya yang menuntut di sebuah universiti awam di utara tanah air.
Mesejnya cukup ringkas dan berbunyi ‘Mama, boleh pinjam RM50?’. Menurut si anak yang berusia 19 tahun, dia mahu meminjamkan duit tersebut kepada rakannya yang tidak ikut serta keluar makan kerana ketiadaan wang.
Mengikut cerita, rakan anaknya melakukan kerja sambilan bagi menampung perbelanjaan di kampus sebelum ini, namun dia mengambil keputusan untuk berehat sebentar bagi menumpukan perhatian terhadap peperiksaan akhir.
Dengan baki di tangan sebanyak RM1.06, ada pelajar terpaksa mengalas perut dengan mi segera rakan-rakan atau ‘berpuasa’ sebelum elaun dikreditkan pada hujung bulan.
Remaja terbabit bukanlah Generasi Z yang boros berbelanja kerana terikut-ikut dengan fenomena Fear of Missing Out ( FOMO) atau rasa ketinggalan daripada aktiviti atau peluang yang dinikmati oleh remaja lain.
Dia tidak melepak di kafe hipster dan membeli kopi berharga RM15 secawan, tidak memiliki telefon bimbit edisi terbaharu atau menghisap rokok elektronik atau vape.
Ada pelajar yang terpaksa mengikat perut ketika menuntut di univeristi. Mereka ini juga bukan seperti ‘generasi strawberi’ yang dianggap fragile dan tidak tahan dengan cabaran hidup, sebaliknya tinggal berjauhan dengan keluarga.
Mereka sedang berdepan fasa mencabar termasuklah ada yang dibesarkan oleh ibu atau bapa tunggal yang kematian pasangan dan memiliki ramai anak.
Sementelahan, semua anak-anak sedang membesar dan belajar, jadi ia memerlukan perbelanjaan yang besar setiap bulan.
Kisah penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) ikat perut dan melakukan pelbagai kerja sambilan merupakan cerita realiti, malah pernah didedahkan banyak media termasuk Kosmo! sebelum ini.
Pengumuman Perdana Menteri mengenai usaha Kerajaan Madani dalam membantu pelajar ketika pembentangan Belanjawan 2027 pada Jumaat lalu diharap sedikit sebanyak dapat meringankan beban golongan tersebut.
Antara inisiatif yang dibentangkan adalah peruntukan RM20 juta menerusi Dapur Madani yang akan diperluaskan ke Politeknik dan Institut Pendidikan Guru seluruh negara.
Ikhtiar tersebut merangkumi penyediaan peralatan memasak dan sumbangan bahan makanan selain Menu Kasih Siswa yang hanya berharga RM5.
Lebih menarik, pada pembentangan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan potongan cukai kepada pihak yang menyumbang makanan dan peralatan bagi tujuan tersebut mulai dari 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2030.
Pihak pengurusan atau pemimpin pelajar juga disaran supaya cakna dengan mereka yang dalam kesusahan selain memudahkan proses penyaluran bantuan agar manfaat tersebut sampai kepada golongan sasar.
Janganlah membebankan pelajar dengan hal-hal birokrasi. Mereka hanya memerlukan sepinggan nasi bagi mengalas perut untuk menimba ilmu, bukannya ramen atau matcha.
The post Baki RM1.06 bertahan sampai hujung bulan appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
Not enough measurements yet to explain the score. Explanations are generated only from stored data.
Attention graph
Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.
Timeline
No timeline yet.
Where it started
Unknown.
How it spread
Not enough data to show how this spread.
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Nothing independently established yet.
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.