
BAM siap siaga hadapi situasi Paris
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
BAM siap siaga hadapi situasi Paris (Harian Metro, 16:26)
Read the reporting
1 report
BAM siap siaga hadapi situasi Paris
sukan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil langkah berjaga-jaga selepas berlaku demonstrasi besar-besaran di sana dengan menghubungi Kedutaan Malaysia di Paris untuk mendapatkan bantuan sekiranya diperlukan membabitkan pemain negara yang akan menyertai Terbuka Perancis 2026 bermula esok.
Menurut Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh, pihaknya peka dengan apa yang berlaku di sana dan sebab itu, segala butiran pemain termasuk jurulatih sudah diberikan kepada pihak kedutaan untuk tindakan lanjut jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.
"Kami sudah menulis surat kepada Kedutaan Malaysia di Paris dan memaklumkan nama pemain serta jurulatih yang terbabit dalam kejohanan ini. Kami berharap pihak kedutaan dapat membantu sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini," katanya.
Untuk makluman, Malaysia bakal mengambil bahagian dalam kesemua kategori kejohanan Super 750 itu, iaitu perseorangan lelaki (1), perseorangan wanita (1), beregu lelaki (6), beregu wanita (2) dan beregu campuran (4).
Kejohanan ini akan berlangsung di Arena Grand Paris, Tremblay-en-France, yang terletak di timur laut Paris.
Dalam pada itu, meskipun keadaan di beberapa tempat di sana agak tegang, setakat ini semua wakil negara akan meneruskan perjuangan dan tiada yang menarik diri.
"Buat masa ini, tiada penarikan diri. Kejohanan juga belum dibatalkan," katanya.
Untuk rekod, dalam tempoh 10 tahun terakhir, hanya Pearly Tan-M Thinaah muncul juara beregu wanita pada edisi 2022, sekali gus menjadi wakil tunggal negara memenangi gelaran itu dalam tempoh berkenaan.
Pearly-Thinaah yang masih segar dengan kejuaraan Terbuka Denmark 2026 semalam akan turun selaku pilihan kedua kejohanan dan bertemu wakil Turkiye, Bengisu Ercetin-Nazlican Inci, pada pusingan pertama.
Mereka juga berpeluang bertemu rakan senegara, Ong Xin Yee-Carmen Ting, pada pusingan kedua sekiranya kedua-dua pasangan melepasi ujian pertama.
Sebagai makluman, menurut laporan media terkini, ratusan ribu penunjuk perasaan berarak secara aman di puluhan bandar termasuk Paris, susulan kemarahan membantah peningkatan kos sara hidup dan kemerosotan kualiti perkhidmatan awam di negara berkenaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro16:26
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.