Malaysian Attention Engine
Live wire
53Banjir Nepal: Keluarga 54 rakyat Malaysia mohon moratorium enam bulan47World : Iran Offers To Mediate Between Saudi Arabia, Houthis Amid Regional Escalation46Ibu tunggal didakwa benarkan anak dianiayai secara seksual45Raja Perlis ziarah Tun M di IJN, ramai lega lihat semakin sihat45General : Haze: Decision On School Closure Depends On SOP, Advice Of MetMalaysia, MOH -- Fadhlina43General : Malaysia To Raise Haze Issue At ASEAN Foreign Ministers' Meeting – Mohamad43Sijil kelahiran lama masih sah, cabutan baharu boleh diperoleh pada RM5 - KP JPN40Dua lelaki maut, lima cedera kemalangan di Glenmarie37General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon36World : Jordan's King Abdullah II To Begin State Visit To Malaysia On Sunday35GWM Wey G9 Hi4 HEV now open for booking in Malaysia – 2.0T, 4DHT, dual electric motors; 358 PS, 782 Nm35Pedro, Endrick, Engku Shakir kembali perkuat Star City FC
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Bantulah selamatkan Muhammad Azim melalui Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 13:49 MYTLatest activity 12 Oct, 13:49BMconfidence 60%

What happened

Bantulah selamatkan Muhammad Azim melalui Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP (Harian Metro, 13:49)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Bantulah selamatkan Muhammad Azim melalui Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP

By Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid dan Khairul Danish Azma · 12 Oct, 13:49 MYT

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Seorang remaja yang menghidap penyakit Tetralogy of Fallot atau injap jantung tersumbat memerlukan bantuan orang ramai bagi menampung kos prosedur rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Mohd Rozaimi Zahari, 42, berkata, anaknya, Muhammad Azim Al-Mu-Izz Mohd Rozaimi, 16, yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kutan, Tumpat, Kelantan, memerlukan kira-kira RM50,000 untuk menampung prosedur rawatan itu.

Menurutnya, dia hanya mengetahui penyakit anaknya itu pada tahun 2024 selepas melihat keadaan fizikal Muhammad Azim.

Dia yang bekerja sebagai buruh berkata, muka anaknya dilihat bengkak selepas bangun daripada tidur menyebabkannya dia membawa Muhammad Azim mendapatkan rawatan di hospital.

"Saya terkejut apabila dimaklumkan doktor bahawa injap jantung anak tidak berapa baik. Berat badannya juga menyusut disebabkan sakit dialami," katanya ketika ditemui di IJN, hari ini.

Mohd Rozaimi berkata, disebabkan penyakit yang dihadapi itu juga, anaknya tidak berapa aktif dalam bidang sukan di sekolah.

Menurutnya, gaji diterima sebanyak RM700 sebulan tidak mampu untuk menampung prosedur rawatan Muhammad Azim.

"Saya berharap orang ramai dapat menyumbang dan meringankan beban kami selain mendoakan kesihatan anak saya itu," katanya.

Mohd Rozaimi dalam masa sama turut berharap anaknya akan sihat selepas menjalani prosedur rawatan di IJN.

Dalam pada itu, Muhammad Azim menyatakan penyakit dihadapinya itu tidak menjadi alasan baginya untuk berputus asa.

Dia juga berasa tidak sabar untuk menamatkan prosedur rawatan di IJN dan pulang ke Kampung Tepi Sungai Tendum, Pasir Mas untuk berjumpa dengan rakan-rakannya.

Sementara itu Pakar Kardiologi Pediatrik IJN, Dr Mathan Mohan berkata, Muhammad Azim dijangka akan menjalani prosedur rawatan pada jam 9 pagi esok.

Menurutnya, rawatan Muhammad Azim tidak membabitkan sebarang pembedahan.

"Kaedah rawatan yang akan dilakukan digelar 'minimally invasive procedure'.

"Kita akan meletakkan satu injap yang baharu di kedudukan injap yang sudah rosak tanpa menggunakan pembedahan melalui kaedah 'catheter' yang kita akan masukkan daripada pangkal kakinya," katanya.

Katanya, menerusi prosedur ini, tempoh pemulihan juga lebih pantas dibandingkan dengan prosedur 'open surgery'.

"Kebiasaannya dalam prosedur sebegini, tempoh pemulihannya dianggarkan dalam dua hingga tiga hari sahaja selepas pertukaran injap.

"Kalau kita nak bandingkan dengan prosedur 'open surgery', tempoh pemulihan boleh dua hingga tiga minggu," katanya.

Sementara itu, orang ramai yang berhasrat membantu kes-kes seumpama ini boleh menyalurkan sumbangan ke Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP melalui akaun Bank Muamalat 14010008842718 dengan menyatakan nama pesakit.

Sumbangan juga boleh dibuat menerusi cek dengan menulis nama pesakit di belakangnya (cek) dan menghantar ke alamat Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Media Prima Berhad, Tingkat 5, Anjung Riong, Balai Berita, No 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow14:0015:0016:00
Latest 16:57 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
12 Oct, 13:49 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    13:49

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Bantulah selamatkan Muhammad Azim melalui Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP · Malaysian Attention Engine