
Bapa kritikal di ICU, Kmy Kmo mohon doa orang ramai
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Details are being gathered from the sources below.
Read the reporting
1 report
Bapa kritikal di ICU, Kmy Kmo mohon doa orang ramai
syafil.syazwan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Penyanyi dan komposer, Kmy Kmo memohon orang mendoakan bapanya, Mohamed Azmaili Ismail, yang kini kritikal di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital akibat serangan jantung dan komplikasi penyakit lain.
Kmy Kmo atau nama sebenarnya Lukmanul Hakim berkongsi berita duka itu menerusi satu hantaran di akaun Threads miliknya, semalam.
Menurutnya, bapanya yang sudah menjalani rawatan dialisis hampir 23 tahun kini mengalami penurunan fungsi jantung yang semakin merosot dari hari ke hari.
"Dia kini bergantung pada ubat sokongan jantung dan menjalani dialisis khas (Sustained Low-Efficiency Dialysis - SLED) di ICU kerana keadaan (denyutan) jantung yang tidak stabil.
"Menurut doktor, prosedur angiogram membawa risiko yang sangat tinggi termasuk strok, kegagalan jantung dan kematian," tulisnya.
Kata penyanyi lagu 7 Nasihat itu, keluarganya kini berdepan dilema dan perlu membuat keputusan sukar berhubung tindakan rawatan seterusnya.
"Keputusan besar perlu dibuat bersama ayah, umi dan adik-beradik sama ada mahu meneruskan angiogram atau memberi tumpuan kepada rawatan sokongan untuk menstabilkan keadaannya.
"Aku hanya mampu berdoa agar Allah permudahkan segala urusan ayah aku," tulisnya.
Dalam pada itu, Kmy Kmo turut memohon bantuan daripada maahad tahfiz atau masjid untuk mengadakan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan buat bapanya.
"Jika ada maahad tahfiz atau masjid nak buat solat hajat dan mendoakan, ini nama penuh ayahku, Mohamed Azmaili Bin Ismail," tulisnya.
Ruangan komen hantaran berkenaan dihujani ucapan takziah, kata-kata semangat serta doa daripada peminat dan rakan artis yang berharap agar urusan keluarganya dipermudahkan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
Not enough measurements yet to explain the score. Explanations are generated only from stored data.
Attention graph
Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.
Timeline
No timeline yet.
Where it started
Unknown.
How it spread
Not enough data to show how this spread.
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Nothing independently established yet.
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.