
Arteta yakin Gyokeres mampu tamatkan kemarau gol
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
LONDON: Pengendali Arsenal, Mikel Arteta tetap menaruh kepercayaan terhadap Viktor Gyokeres meskipun penyerang Sweden itu masih belum menemui sentuhan jaringan musim ini, sambil memuji kesungguhan dan keazaman tinggi pemain berkenaan untuk membantu pasukan. (Berita Harian, 23:18)
Read the reporting
1 report
Arteta yakin Gyokeres mampu tamatkan kemarau gol
LONDON: Pengendali Arsenal, Mikel Arteta tetap menaruh kepercayaan terhadap Viktor Gyokeres meskipun penyerang Sweden itu masih belum menemui sentuhan jaringan musim ini, sambil memuji kesungguhan dan keazaman tinggi pemain berkenaan untuk membantu pasukan.
Arteta berkata, sikap positif serta komitmen Gyokeres dalam latihan menjadikannya pilihan yang sentiasa dipertimbangkan, walaupun penyerang berusia 28 tahun itu belum menjaringkan gol dalam mana-mana kejohanan musim ini.
Gyokeres bergelut mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama pada awal kempen selepas Arteta lebih mengutamakan pemain antarabangsa Jerman, Kai Havertz, di posisi penyerang.
Malah, bekas penyerang itu masih belum diberi peluang untuk memulakan sebarang perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, sekali gus menambah tekanan untuknya membuktikan kemampuan di hadapan gawang.
Bagaimanapun, Arteta menegaskan Gyokeres terus menunjukkan kesungguhan untuk memperbaiki prestasi dan menyumbang kepada pasukan, tanpa mengira sama ada beliau diturunkan atau berjaya menjaringkan gol.
"Apa yang ditunjukkannya ialah keazaman, kesungguhan dan kadar kerja yang luar biasa untuk memperbaiki diri serta membantu pasukan.
"Itulah Viktor setiap hari, tidak kira kedudukannya atau sama ada dia menjaringkan gol. Sebab itulah dia sentiasa menjadi pilihan untuk bermain," katanya menjelang aksi menentang Nottingham Forest, Ahad ini.
Arteta turut menyifatkan Gyokeres kurang bernasib baik kerana beberapa peluang keemasan sebelum ini gagal menghasilkan jaringan.
Penyerang itu menjaringkan 21 gol pada musim sulungnya bersama Arsenal, 2025/26, namun masih belum membuka akaun jaringan bagi kempen semasa.
"Kami cuba membantunya sebanyak mungkin. Dia mempunyai beberapa detik yang sangat baik.
"Sudah tiga atau empat kali dia berada di hadapan gawang tanpa penjaga gol, tetapi bola yang sepatutnya sampai kepadanya tidak tiba," katanya.
Arteta menegaskan perbezaan kecil boleh menentukan sama ada seseorang penyerang berjaya menjaringkan gol atau terus dibelenggu kemarau jaringan.
"Perbezaannya sangat kecil. Menjaringkan gol atau tidak akan mengubah persepsi terhadap seseorang pemain," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian23:18
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.