
MOT rangka pindaan undang-undang kes curi kabel rel
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
GEORGE TOWN – Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka pindaan undang-undang bagi memperketatkan hukuman berat terhadap individu yang mencuri kabel sistem rel termasuk kemungkinan mengenakan tempoh pemenjaraan lebih lama. (Kosmo!, 12:06)
Read the reporting
3 reports
Penjara lebih lama, denda lebih tinggi dicadang untuk pencuri kabel landasan kereta api - Loke
GEORGETOWN: Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka pindaan undang-undang bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap pencuri kabel landasan kereta api.
Antara lain, ia merangkumi tempoh pemenjaraan lebih lama dan kadar denda yang lebih tinggi.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata, pihaknya bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memperketat undang-undang sedia ada memandangkan kes kecurian kabel terus mengancam operasi perkhidmatan kereta api serta keselamatan awam.
"Kita dalam proses merangka pindaan undang-undang ini dan sedang bekerjasama dengan KDN untuk memperketatkan hukuman," katanya kepada pemberita selepas pelancaran bas elektrik pertama Pulau Pinang di sini, hari ini.
Loke berkata, perincian cadangan pindaan berkenaan belum dimuktamad kerana perbincangan masih di peringkat dasar.
"Kita giat berbincang untuk meningkatkan tempoh hukuman penjara dan jumlah denda," katanya.
Loke berkata, isu kecurian kabel adalah masalah serius yang menjejaskan pelbagai pengendali perkhidmatan kereta api, termasuk Transit Aliran Massa (MRT), Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang bakal beroperasi.
Tegasnya, kecurian kabel bukan kes jenayah biasa kerana kabel yang rosak atau hilang boleh menjejaskan operasi kereta api.
Katanya, ia juga membahayakan nyawa penumpang dan orang awam.
"Setiap insiden akan mengganggu perkhidmatan kereta api, manakala kesannya bukan hanya menyebabkan kelewatan operasi tetapi juga menjejaskan keselamatan pengguna serta kebolehpercayaan rangkaian rel negara.
"Hukuman lebih berat disifatkan perlu bagi memberi peringatan tegas kepada bakal pesalah, di samping mendesak syarikat pengendali memperkasakan langkah pencegahan," katanya.
Loke berkata, antara langkah pencegahan disarankan termasuk pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi strategik dan penambahan keanggotaan polis bantuan bagi membendung pencerobohan di kawasan larangan.
Katanya, penguatkuasaan dan tindakan pencegahan mesti bergerak seiring bagi melindungi infrastruktur kereta api daripada terus menjadi sasaran kecurian dan gangguan perkhidmatan.
Kes kecurian kabel dilapor terus menyasarkan infrastruktur pengangkutan awam, dengan insiden terbaharu membabitkan Laluan MRT Kajang dan Lebuhraya Lembah Klang Utara (NKVE) yang menimbulkan kebimbangan terhadap tahap keselamatan.
Dalam kejadian terbaharu semalam, penjenayah dipercayai memotong kabel sepanjang kira-kira 100 meter antara stesen Phileo Damansara dan Pusat Bandar Damansara.
Bagaimanapun, suspek melarikan diri dan meninggalkan kabel yang dipercayai sudah digulung untuk diambil selepas menyedari kehadiran polis bantuan dan penyedia perkhidmatan, Prasarana Malaysia Berhad.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is accelerating
- Mention velocity 2.0× the previous hour (2 vs 1 mentions)
- Current hour is 1.8 standard deviations above this event's own baseline
- 3 independent sources, 2 new in the last hour
- Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!12:06
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 3 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro, Kosmo!
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (4)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.