
Singapura keluar notis amaran kepada 7 syarikat Indonesia dikenal pasti jadi punca jerebu
Only social or community posts, or a single source.
What happened
SINGAPURA: Singapura hari ini menegaskan akan mengeluarkan notis amaran kepada tujuh syarikat di Indonesia yang dikenal pasti bertanggungjawab terhadap kebakaran yang menyebabkan asap toksik merebak ke seluruh Asia Tenggara, sambil memberi amaran bahawa keadaan paling buruk mungkin belum berlaku. (Berita Harian, 21:18)
Read the reporting
1 report
Singapura keluar notis amaran kepada 7 syarikat Indonesia dikenal pasti jadi punca jerebu
SINGAPURA: Singapura hari ini menegaskan akan mengeluarkan notis amaran kepada tujuh syarikat di Indonesia yang dikenal pasti bertanggungjawab terhadap kebakaran yang menyebabkan asap toksik merebak ke seluruh Asia Tenggara, sambil memberi amaran bahawa keadaan paling buruk mungkin belum berlaku.
Negara kota itu memperketatkan langkah bagi menangani kebakaran yang berlarutan selama berbulan-bulan dan berikrar mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat yang bertanggungjawab terhadap kebakaran berkenaan, yang menyebabkan kualiti udara di rantau ini antara paling buruk di dunia.
"Siasatan kami setakat ini menunjukkan bahawa sebahagian jerebu yang dialami di Singapura berpunca daripada kebakaran di kawasan tanah milik tujuh syarikat di Indonesia," kata Menteri Kelestarian dan Alam Sekitar, Grace Fu.
Singapura akan menghantar 'notis pencegahan' kepada syarikat berkenaan, yang berpangkalan di Pulau Sumatera, di bahagian barat Indonesia.
Notis itu mengarahkan syarikat terbabit mengerahkan pasukan pemadam kebakaran, menghentikan pembakaran atau daripada memulakan kebakaran baharu serta mengemukakan pelan tindakan kepada Agensi Alam Sekitar Kebangsaan Singapura.
Ketika ditanya mengenai langkah yang boleh diambil Singapura bagi memastikan syarikat berkenaan mematuhi arahan itu, Fu berkata tindakan seperti mengenakan 'denda atau pertuduhan' antara pilihan yang sedang dipertimbangkan.
Syarikat yang dinamakan oleh kerajaan Singapura kebanyakannya pembekal kayu pulpa dan kayu balak di Sumatera, termasuk Bumi Andalas Permai, Bumi Mekar Hijau dan SBA Wood Industries.
Pihak berkuasa pada Jumaat memaklumkan empat individu maut ketika memadamkan kebakaran di Pulau Jawa, Indonesia.
Dua lagi individu mengalami kelecuran serius dan sedang menerima rawatan perubatan lanjut, menurut kementerian yang bertanggungjawab terhadap kebakaran di Indonesia.
Kebakaran di Indonesia menyebabkan sekolah ditutup, meningkatkan kes gangguan pernafasan dan mencetuskan kekecewaan orang ramai berikutan kegagalan membendung keadaan itu.
"Kita perlu bersedia menghadapi kemungkinan jerebu berterusan untuk tempoh tertentu," kata Fu, sambil menambah bahawa 'keadaan masih berubah-ubah'.
"Bergantung pada keadaan cuaca, kita menjangkakan kualiti udara akan turun naik, termasuk kemungkinan mencapai tahap berbahaya," katanya.
Singapura menduduki tempat pertama dalam kedudukan masa nyata IQAir bagi bandar utama paling tercemar di dunia pada petang tadi, manakala Kuala Lumpur berada di tempat kedua dan Jakarta di tempat ke-10.
Pakar undang-undang memberi amaran bahawa tindakan terhadap syarikat yang dikaitkan dengan jerebu itu bukan mudah, memandangkan siasatan bergantung pada kerjasama pihak berkuasa asing.
Singapura tidak mempunyai ladang perladangan atau hutan sendiri, namun beberapa syarikat yang memiliki konsesi di Indonesia dilaporkan berpangkalan di negara kota itu.
Siasatan Singapura terhadap empat syarikat Indonesia berhubung dakwaan penglibatan mereka dalam krisis jerebu pada 2015 masih diteruskan, dalam kes yang ketika itu menjejaskan hubungan antara Singapura dengan Jakarta.
Indonesia lazimnya mengalami kebakaran hutan ketika musim kering, namun kebakaran tahun ini amat serius berikutan fenomena cuaca El Niño yang kuat sehingga menyebabkan kemarau.
Walaupun kemarau menyumbang kepada kebakaran, pakar berkata penebangan hutan dan pengeringan tanah gambut turut merosakkan kawasan yang sebelum ini lebih tahan terhadap kebakaran.
"Kita tidak dapat mengawal cuaca atau angin, dan kita juga tidak dapat mengawal secara langsung apa yang berlaku di luar sempadan negara kita," kata pemimpin Singapura, Lawrence Wong.
Pada petang tadi, bacaan pencemaran udara di negara kota itu berada pada paras sekitar 230 berdasarkan Indeks Kualiti Udara IQAir, yang dikategorikan sebagai 'sangat tidak sihat'.
Mengikut sistem syarikat yang berpangkalan di Switzerland itu, bacaan 151 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, 201 hingga 300 sebagai sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dianggap berbahaya.
-AFP
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian21:18
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.