Malaysian Attention Engine
Live wire
55Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok47General : Conference Of Rulers Discusses PM Term Limit, Separation Of AG-PP Roles45General : MBI Selangor Launches SA500, NINE Super App To Assist Businesses, Residents41Residensi Siswa UM bakal tempatkan 40,000 penuntut40Kes jangkitan saluran pernafasan meningkat ketika jerebu40Indonesia guna teknologi ais kering era 1940an tangani masalah jerebu39General : Sarawak Gets RM545 Million For JENDELA 2 Rollout, Covers 350 Sites - Fahmi39Sarawak keluarkan 3 lesen karbon hutan baru38RM550 mln Smart City project to cover Greater Kuching38E. Timor shuts schools over Indonesia haze36General : Zul Hadi Appointed Sabah Federal Secretary35Jerebu: Tiada keperluan hantar nota diplomatik kepada Indonesia
NewConfirmedupdated 4 h ago

‘Barang milik Irene Sofiya masih tak terusik, saya masih terbayang-bayang dia’ – Datuk

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
30
0% / 60 min
Momentum
35
1 vs 1 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 14:57 MYTLatest activity 15 Oct, 16:29BMconfidence 86%

What happened

BATU PAHAT – Pakaian dan barang-barang milik Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, di dalam biliknya masih tidak terusik walaupun sudah hampir dua minggu pemergiannya.Khyar Abas, 69, berkata, setiap sudut rumah masih mengingatkan dirinya kepada cucu kesayangnya itu yang dijaga sejak berusia 9 tahun.Menurutnya, perasaan seolah-olah Irene Sofiya masih berada di rumah itu sering dirasai apabila melihat barang-barang peninggalan arwah."Memang saya tak boleh lupa Fiya kerana banyak kenangan bersamanya."Saya, isteri dan keluarga jaga sejak kecil selepas ibunya meninggal dunia akibat kanser ketika F (Sinar Harian, 14:57)

Read the reporting

2 reports
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·1 min read

Bilik dan pakaian masih tak diusik, datuk Irene Sofiya masih terbayang kehadiran cucu

By BERNAMA · 15 Oct, 16:23 MYT

Batu Pahat: Pemergian Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal yang dipercayai dibunuh rakan sekelasnya pada 3 Oktober lalu sukar diterima datuknya Khyar Abas yang masih mengingati kenangan dengan remaja itu hingga kini.

Khyar, 69, berkata, mereka sekeluarga masih terbayang kehadiran Irene Sofiya di rumah terutama apabila melihat pakaian dan bilik Irene Sofiya, 16, dan setakat ini, mereka juga masih tidak mengusik barangan milik cucunya.

"Memang tidak boleh lupa. Cucu sentiasa bersama-sama saya dan isteri di rumah, jadi kehilangan ini masih sangat terasa.

"Masih terasa seolah-olah dia ada di rumah. Bilik yang saya sediakan dan semua barang miliknya masih saya biarkan begitu sahaja kerana tidak sampai hati untuk mengusik barang arwah," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Parit Selamat di sini, hari ini.

Khyar berharap keadilan dapat ditegakkan buat Irene Sofiya dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan selanjutnya.

"Saya berharap tertuduh mendapat balasan setimpal dengan apa yang dilakukan. Bagaimanapun, itu bergantung kepada keputusan pihak berwajib. Kita serahkan kepada pihak berwajib untuk mengambil tindakan selanjutnya," katanya.

Dalam pada itu, Khyar berterima kasih kepada semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak sekolah dan agensi kerajaan yang mengunjungi keluarganya bagi memberikan sokongan moral.

Lelaki itu berkata, mereka sangat menghargai keprihatinan dan sokongan yang diberikan ketika berhadapan dengan kehilangan tersebut.

Pada 3 Oktober, Irene Sofiya ditemukan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Seth, Yong Peng di sini pada kira-kira 5 petang sebelum disahkan meninggal dunia.

Terdahulu, seorang pelajar lelaki tingkatan empat berusia 16 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh Irene Sofiya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta tidak kurang daripada 12 sebatan jika tidak dikenakan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

As published in Harian Metro’s feed.Read at Harian Metro

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 independent sources, 1 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31first news pick-upNEWnow16:00
Latest 16:54 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Harian Metro) source

Where it started

Sinar Harian (News)
15 Oct, 14:57 MYT
Origin confidence 90% · 87 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    14:57

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Harian Metro, Sinar Harian

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (3)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.