Malaysian Attention Engine
Live wire
46Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi42RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202741Dua wanita rentung, Myvi terbakar lepas bertembung lori40Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara40General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon40General : Govt Creates Postal Fund With Initial Allocation Of RM150 Mln - Fahmi40Business : Malaysia, Egypt To Expand Trade, Investment And Economic Cooperation -- Anwar40General : Tahfiz Graduates Should Have Wider Pathways To Professional Careers - DPM Zahid40Pertumbuhan global dijangka meningkat kepada 3.4 peratus pada 202739PBB kecam sekatan AS terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa39Insentif cukai i FB galak sektor korporat perkukuh food bank37World : Russell Tops Sole Practice Session For F1 Singapore Grand Prix
NewConfirmedupdated 42 min ago

Barcelona kekal sempurna, Real menang tipis

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
22
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
3
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 07:08 MYTLatest activity 11 Oct, 07:56BMconfidence 86%

What happened

BARCELONA: Barcelona meneruskan permulaan sempurna dalam saingan LaLiga selepas menewaskan Getafe 3-0 di laman sendiri, semalam, sebelum Real Madrid menundukkan Villarreal 1-0 meskipun Vinicius Jr dilayangkan kad merah. (Berita Harian, 07:10)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·3 min read

Barcelona kekal sempurna, Real menang tipis

By REUTERS · 11 Oct, 07:10 MYT

BARCELONA: Barcelona meneruskan permulaan sempurna dalam saingan LaLiga selepas menewaskan Getafe 3-0 di laman sendiri, semalam, sebelum Real Madrid menundukkan Villarreal 1-0 meskipun Vinicius Jr dilayangkan kad merah.

Kemenangan itu menyaksikan Barcelona kendalian Hansi Flick meraih lapan kemenangan berturut-turut dan mengekalkan kelebihan lima mata di puncak liga mengatasi Atletico Madrid, yang menewaskan Alaves 2-1 menerusi jaringan lewat Cristian Romero.

Real Madrid kekal di tangga ketiga dengan 18 mata, ketinggalan enam mata di belakang seteru utama mereka. Namun, kemenangan tipis itu belum menunjukkan peningkatan konsisten dalam prestasi skuad kendalian Jose Mourinho.

Rehat antarabangsa selama tiga minggu tidak menjejaskan rentak Barcelona apabila mereka membuka jaringan seawal minit kedua. Anthony Gordon melakukan gerakan memotong ke dalam sebelum rembatannya terkena pemain tengah Getafe, Mario Martin, lalu menerjah gawang yang dikawal David Soria.

Getafe sukar keluar dari kawasan sendiri akibat tekanan berterusan tuan rumah. Gabriel Jesus kemudian menghukum kesilapan Zaid Romero untuk meledak gol kedua Barcelona pada minit ke-30, sekali gus menjaringkan gol dalam penampilan pertamanya sebagai pemain kesebelasan utama kelab itu.

Barcelona terus menguasai permainan selepas rehat, manakala Getafe hanya sekali menguji penjaga gol Joan Garcia yang kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan.

Jules Kounde, yang mensia-siakan peluang keemasan pada babak pertama, melengkapkan kemenangan Barcelona menerusi penyudah mudah pada minit ke-73 hasil hantaran lencong Lamine Yamal.

Real Madrid mempunyai peluang lebih baik pada babak pertama ketika menentang Villarreal, namun percubaan Kylian Mbappe pada minit ketujuh sekadar menggegar tiang gol.

Bagaimanapun, Real masih gagal mempamerkan permainan meyakinkan ketika menguasai bola, manakala kedua-dua pasukan sukar mengawal rentak perlawanan. Villarreal turut bergelut menghasilkan hantaran tepat dan peluang jaringan agak terhad.

Tempo permainan meningkat pada babak kedua sebelum Yan Diomande muncul wira Real menerusi jaringan kemenangan pada minit ke-63. Penyerang Ivory Coast itu melepasi perangkap ofsaid sebelum melepaskan rembatan ke penjuru bawah gawang, sekali gus mencatat gol pertamanya untuk Real sejak menyertai kelab itu pada Ogos.

Vinicius, yang kelihatan kecewa ketika menyaksikan pemain berusia 19 tahun itu beraksi di posisi sayap kiri kegemarannya dari bangku simpanan pada babak pertama, tampil lebih menyerlah selepas dimasukkan pada minit ke-52 bagi menggantikan pemain sayap pertahanan, Trent Alexander-Arnold.

Lapan minit selepas gol pembukaan, Vinicius menyangka dia sudah menjaringkan gol kedua Real, malah Mourinho berlari ke garisan gol untuk meraikan jaringan pemain gantian itu.

Bagaimanapun, selepas semakan video bantuan pengadil (VAR), gol berkenaan dibatalkan dan Vinicius dilayangkan kad merah kerana menarik rambut pemain gantian Villarreal, Nathan Saliba, ketika gerakan itu bermula.

Perlawanan terbuka menyusul dengan penjaga gol Villarreal, Peter Gulacsi, dan penjaga gol Real, Thibaut Courtois, masing-masing melakukan beberapa aksi menyelamat cemerlang.

Pada penghujung perlawanan, Villarreal gagal memanfaatkan kelebihan seorang pemain untuk memecahkan benteng Real yang beraksi dengan 10 pemain.

Reaksi keras Mourinho dan pemainnya terhadap keputusan melayangkan kad merah kepada Vinicius menyemarakkan semangat pertahanan Real. Kesungguhan mereka akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya mengekalkan gawang daripada dibolosi.

Mourinho tidak menghadiri sidang media selepas perlawanan, tanpa sebarang alasan diberikan oleh kelab. Pengendali dari Portugal itu kini mula membuat persiapan bagi aksi Liga Juara-Juara menentang AS Roma sambil berusaha mencari corak permainan yang lebih konsisten.

Atletico Madrid membuka jaringan menentang Alaves menerusi Alejandro Grimaldo selepas gerakan kombinasi menarik bersama Jonathan David, sebelum Lucas Boye menyamakan kedudukan untuk tuan rumah menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan babak pertama.

Alaves terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Angel Perez dilayangkan kad merah pada minit ke-61. Tekanan Atletico akhirnya membuahkan hasil tiga minit sebelum tamat permainan apabila pertahanan tengah, Romero, menyempurnakan hantaran bijak Alex Baena untuk memastikan kemenangan 2-1.

Sementara itu, perlawanan Rayo Vallecano menentang Athletic Club di gelanggang sendiri terpaksa dihentikan susulan bantahan penyokong di Stadium Vallecas.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • 2 independent sources, 1 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 34first news pick-upNEWnow08:00
Latest 08:36 MYT
22New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources3Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Harian Metro) source

Where it started

Berita Harian (News)
11 Oct, 07:10 MYT
Origin confidence 90% · 46 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    07:10

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (3)

Barcelona kekal sempurna, Real menang tipis
bharian.com.myNewsmainstreamBMnear-duplicate
Barcelona kekal sempurna, Real menang tipis
Berita HarianNewsmainstreamBM
Barca teruskan penguasaan LaLiga
Harian MetroNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Barcelona kekal sempurna, Real menang tipis · Malaysian Attention Engine